Rindu Tercipta #9

ENTAH kenapa perasaannya diganggu gugat setiap kali seraut wajah itu terbayang di ruang mata. Tidak pernah rasa sedemikian mengisi hatinya sebelum ini. Seperti ada sesuatu yang cukup menarik minatnya mengenai gadis yang baru dikenali itu.
Zahin resah di pembaringan. Tidak betah rasanya memikirkan rasa itu. Namun setiap kali cuba disingkir dari fikrah, semakin giat perihal Anis menganggu tumpuannya.
Apa istimewanya gadis itu barangkali? Dia juga sama seperti rakan-rakan perempuan lain yang pernah dikenali. Tetapi entah kenapa setiap kali bersua dengan Anis, perasaannya jadi serba tidak kena. Malah rasa itu mula menganggunya sejak kali pertama mengenali Anis.
Akhirnya resah yang bermukim hilang bersama lenanya. Sudah penat dia mencari segala punca. Jadi, ada baiknya dia melelapkan mata sahaja.

ANIS menghayun langkah melalui kaki lima bangunan kelasnya. Tiba-tiba namanya dipanggil dari arah belakang. Serentak dia berpaling.
“Eh, Zahin...”
Lelaki itu tersenyum lantas menghampirinya. “Sorang aje? Mana Balqis?” soal Zahin bersahaja sekadar berbasa basi. Jauh di sudut hati peraaannya sudah tidak menentu tatkala menatap wajah Anis.
“Balqis dah balik kot? Tadi kat kelas tak jumpa dia ke?” soal Anis mengerutkan dahinya.
“Jumpa. Ingatkan kau orang balik sama. Selalu kan kau orang berdua aje?”
“Aku dah lama habis kelas. Singgah library kejap cari buku. Nak balik dah ke?” soal Anis terus melangkah perlahan seiring dengan Zahin.
“A’ah.. Nak baliklah ni . Kau ada kelas lagi ke lepas ni?”
Anis tertawa. “Hai, nyanyuk ke apa kau ni? Kan aku cakap aku dah habis kelas tadi? Ish, ish, ish...”
Zahin tersenyum sumbing. Adui, apa yang aku merepek ni? Rasa malu menyerbu ke muka. “Kau dah makan belum??”
“Belum. Tapi perut kenyang lagi ni. Kenapa? Nak belanja ke?”
“Why not?” sahut Zahin sedikit teruja.
Anis tersenyum lalu mengangkat kening. Entah kenapa sikap Zahin hari itu kelihatan pelik benar pada pandangannya. Gerak geri lelaki itu kelihatan tidak kena.
Anis hanya membeli segelas air Milo air. Perutnya masih belum lapar untuk menjamah makanan yang berat-berat.
“Kenapa tak makan?” soal Anis sebaik sahaja melihat Zahin sampai di meja dengan membawa setin air Pepsi.
“Malaslah. Lagipun makanan banyak dah habis,” jawabnya sambil melabuhkan punggung menghadap Anis.
Anis hanya mengangguk-angguk. Gelagat Zahin diperhati dengan teliti. Tiba-tiba anak mata Zahin menyabung pandangannya dan entah kenapa ada resah yang mengisi sukmanya tatkala melihat sepasang mata milik lelaki itu.
“Kau ada nak cakap apa-apa ke?” soal Anis seolah-olah dapat merasa ada sesuatu yang ingin disampaikan Zahin.
Sebelum ini dia bukanlah begitu rapat dengan Zahin. Berbual semeja jauh sekali. Entah kenapa petang itu mudah sahaja dia menerima pelawaan lelaki itu. Ah, sebagai kawan apa salahnya. Bisik hati Anis sendirian.
Zahin terpinga-pinga sebentar. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Kalau boleh dia ingin meluahkan perasaannya waktu itu juga. Rasa itu sudah tidak tertanggung untuk disimpan.
Biarpun keadaan tidak begitu sesuai, namun hatinya sudah nekad. Jika tidak, bila lagi dia dapat bersemuka dengan gadis itu. Namun semakin kata itu mahu diluahkan, semakin hatinya dipalu resah.
“Zahin...”
Lamunan Zahin terhenti. Matanya terarah tepat pada wajah Anis. Dia menelan air liur. Menahan getar yang semakin menjadi-jadi.
“Kau nak tanya pasal Balqis ke?” Anis tersengih.
“Eh, tak adalah..” Zahin menggeleng-geleng. Wajahnya kelihatan serba tidak kena.
“Kalau nak tanya pasal dia, kau tanya ajelah. Yang boleh aku jawab, aku jawab... Yang tak boleh, aku boleh bagi tahu lain kali. Tak payahlah nak malu-malu dengan aku,” ucap Anis dengan nada mengusik. Dia mengulum senyum kemudiannya.
Untuk beberapa ketika Zahin membisu. Namun kembali bersuara. “Emm, sebenarnya aku... Aaa.. Aku...” Zahin buntu mencari ayat yang sesuai. Dia bukannya jenis lelaki yang pandai mengatur kata. Lebih-lebih lagi dalam bab-bab seperti itu.
Anis tertawa. “Apa ni? Sebenarnya, sebenarnya dari tadi. Cakap ajelah...”
“Okay... It is not about Balqis but it is about you. Anis, I have mustered all of my confidences to tell you about this. Aku... Aku suka kau,” luah Zahin terus menerus. Sungguh segala semangatnya berterbangan saat itu. Malu pun ada.
Senyuman Anis serta-merta mati. Seakan-akan tidak percaya pada lafaz yang baru diluah oleh Zahin itu. Benarkah atau lelaki itu sekadar ingin bergurau?
“Zahin, apa kau cakap ni?” Suara Anis kedengaran tersekat-sekat.
“Ya, macam yang kau dengar tadi? I don’t know why because everything comes unconsciously and I hope something more than a friendship from this relation,”  akui Zahin tenang.
Gila! Hampir terpacul perkataan dari mulut Anis. Mujurlah dia masih mampu mengawal perasaannya. “Tak mungkin, Zahin. Selama ni aku hanya anggap kau macam kawan biasa, tak lebih dari tu.”
“Aku tahu... But we may start from now right? It maybe takes time. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh kenal hati budi masing-masing.”
Meremang bulu roma Anis mendengar ayat-ayat Zahin. Belum pernah seorang lelaki menyuarakan kata-kata sedemikian kepadanya sebelum ini.
“Aku takkan boleh terima kau, Zahin dan aku tak boleh paksa diri aku suka kau dan mana-mana lelaki sekalipun. Biar lama mana sekalipun, kita tetap kawan,” ujar Anis sedikit tegas. Perlahan-lahan dia bangkit lantas beredar meninggalkan Zahin.
Zahin bungkam di situ. Rasa hati ini, teramat sakit!

DEK kerana peristiwa petang tadi, mood Anis sedikit sebanyak terpengaruh. Apa lagi setiap kali memandang wajah Balqis. Rasa bersalah menunjal-nunjal di dada. Kalaulah Balqis tahu yang selama ini Zahin menyimpan perasaan terhadapnya, barangkali pasti gadis itu berjauh hati. Biarpun Balqis tidak pernah mengaku secara serius dia menyukai Zahin namun Anis tahu sahabatnya menaruh hati pada lelaki itu.
“Kenapa ni, Anis? Dari petang tadi macam ayam berak kapur aje. Kau demam ke?” soal Balqis sambil menyentuh dahi Anis. Ketika itu mereka sedang bersila sambil makan malam berama-ramai di atas lantai.
“Takdelah. Aku penat sikit hari ni. Banyak kerja,” bohong Anis sambil menyuap nasi berkuah tomyam itu ke mulut.
“Haa, tadi aku jumpa Zahin. Dia kirim salam kat kau,” ujar Balqis tiba-tiba.
Anis sedikit tersentak namun dia masih mampu mengawal ekspresi wajahnya. Dia sekadar mengangguk. “Minggu ni aku balik...” ucapnya sengaja ingin menukar topik. Lagipun dia memang sudah berniat untuk pulang ke Kuala Lumpur minggu itu. Sudah hampir dua bulan dia tidak bertemu dengan kelurga angkatnya di sana.
“Korang tak balik?” soal Balqis pada Nashrah dan Zizie.
Serentak mereka menggeleng.
“Aku ada assignment. Minggu depan ada kuiz,” jawab Nashrah.
“Aku pun...” sampuk Zizie pula.
Perbualan mereka berterusan sampai azan Isyak berkumandang. Anis terus dilamun rasa tidak betah. Namun cuba sedaya mungkin berlagak biasa. Dia tidak bahu Balqis mengesan apa-apa. Bimbang kalau tercetus perkara-perkara yang tidak diingini.

BAS yang dinaiki Anis selamat sampai di Stesyen Puduraya tepat pukul 8.30 malam. Sejurus sahaja turun dari bas dia menerima panggilan Qistina memberitahu mereka sedang menanti di luar.
Sebaik sahaja memasuki perkarangan rumah, kelihatan kereta Hykal dan satu kereta yang tidak dikenali diparkir di belakang kereta Hykal.
“Tu kereta Najwa kan?” soal Azizul pada isterinya.
“Hai, siapa lagi kalau bukan bakal menantu kesayangan abang tu,” ujar Zarina dengan nada yang kurang senang.
Teman wanita Hykal itu memang kerap bertandang ke rumah. Ada sahaja tugasan yang ingin dilakukan bersama. Setiap kali Najwa datang, barulah wajah Hykal akan kelihatan di mana-mana ruang luar dari studionya. Jika tidak, jangan harap dapat melihat pemuda itu luar dari studio.
Bagi Anis, kali pertama diperkenalkan oleh Qistina pada gadis itu, dia mengandaikan Najwa seorang yang cepat mesra dan peramah. Namun, gaya pemakaiannya agak moden dan mengikut peredaran semasa. Barangkali kerana itu Azizul dan Zarina tidak begitu menyenanginya. Namun mereka harus akur kerana Hykal begitu menyayangi gadis itu. Hubungan mereka bukannya baru sekejap malah sejak dibangku sekolah lagi.
Sebaik sahaja pintu dibuka kelihatan Hykal dan Najwa sedang duduk di ruang tamu sambil berbincang sesuatu.
“Hai auntie,” sapa Najwa lantas bangun mendapatkan kedua-dua orang tua Hykal. Lantas tangan Zarina disalami.
“Dah lama sampai?” soal Zarina sekadar berbasa basi. Dikerling Hykal yang sedang duduk memerhati dari ruang tamu.
“Baru aje, lepas Maghrib tadi,” beritahu Najwa.
Zarina tidak memberi apa-apa respon. Terus berlalu menuju ke tingkat atas.
“Wawa, uncle naik atas dulu ya? Wawa pergilah sambung kerja dengan Karl tu,” ucap Azizul lantas berlalu dari situ. Najwa hanya mengangguk.
 “Hai Anis. Cuti lama ke ni?” soal Najwa ramah sambil mengukir senyuman.
“Tak.. Sampai Ahad aje. Saje nak balik. Dah dua bulan kat sana tak pernah balik,” balas Anis sekadar beramah mesra dengan gadis itu.
“Okeylah Kak Wawa, kami nak naik atas dulu, nak mandi. Kak Wawa sambunglah assignment Kak Wawa tu.” Giliran Qistina pula meminta diri untuk beredar.

 “MAMA you tu macam tak suka aje I datang?” komen Najwa meluahkan apa yang difikir. Dia selalu perasaan akan ekspresi wajah Zarina setiap kali dia datang ke rumah itu. Wanita itu seperti kurang senang melihat kehadirannya.
“Tak suka apanya? You ni suka sangat fikir yang bukan-bukan. You datang sini kan nak buat kerja? Takkanlah mama I tak faham. Bukannya kita buat apa-apa pun,” balas Hykal kurang senang.
Najwa mengeluh. “You memanglah cakap nak menangkan mama you aje,” gumam Najwa menarik muka empat belasnya.
Hykal mengeluh berat. Adakalanya sikap Najwa yang terlalu skeptikal membuatkan dia jadi rimas. Sudahlah tu, kalau ada yang tak kena, cepat benar dia merajuk.
  “Okeylah. Maybe my mom risau kalau kita selalu duduk berdua dalam rumah ni. Bukannya tak suka apa. You faham-fahamlah orang tua fikir macam mana. Dahlah... You tak payah risau pasal mama I. Tak payah nak serabutkan kepala, okey?” Hykal cuba memujuk. Dia sudah malas membincangkan soal itu.
Selama ini, memang Zarina tidak pernah kisah tentang Najwa kerana dia tahu kehadiran gadis itu hanya kerana tugasan. Barangkali sejak kebelakangan ini Najwa keraP berkunjung ke rumahnya membuatkan ibunya itu sedikit kurang senang. Namun dia sedar, Zarina sekadar risau tentang mereka berdua. Bukanlah tidak suka seperti andaian yang bermain di kepala Najwa.
Selama dia bersama dengan Najwa pun, tidak pernah dia mendengar apa-apa yang keluar dari mulut Zarina mempersoalkan apa-apa yang tidak baik tentang teman wanitanya itu.
“Yelah Hykal. Apa-apa ajelah,” ucap Najwa sambil menayang wajah tidak puas hatinya.



No comments: