FOKUS Hykal pada pensyarah yang sedang mengajar di depan tiba-tiba terganggu. Pandangannya pada sebatang tubuh yang sedang berjalan-jalan di atas pentas itu tiba-tiba jadi kelabu dan berbalam-balam. Suara pensyarah yang sedang bercakap itu juga kedengaran semakin perlahan dari telinga. Hykal menggeleng-geleng kepalanya perlahan. Sakit di kepala semakin terasa.
Hykal mengarahkan bebola matanya ke sudut lain buat seketika. Citra setiap benda di depannya kelihatan kelabu. Seperti berlapis-lapis dan terolang-aling. Serentak dia menekan kepala. Seperti ada sesuatu yang menyerang bahagian kepalanya. Sakitnya seperti ditekan-tekan. Dalam diam Hykal menahan rasa. Kepalanya ditunduk ke meja.
Sayup-sayup kedengaran suara pensyarahnya menamatkan sesi kelas pagi itu. Semua pelajar bergegas keluar. Hykal mengangkat kembali mukanya. Pandangannya kembali normal walaupun rasa pening masih terasa. Dia bangun untuk keluar dari kelas.
Sampai di muka pintu, kepalanya sekali lagi diserang rasa yang sama. Keseimbangan badannya tidak mampu dikawal, lantas tubuhnya terjelepuk ke lantai. Mujurlah tubuhnya sempat dipaut salah seorang rakan yang berada di belakang. Dunianya serta-merta menjadi gelap dan hitam. Telinganya tidak lagi menangkap sebarang bunyi. Sedar-sedar dia sudah berada di sebuah bilik di hospital.
Kelihatan seseorang yang pernah dikenali sedang berdiri di depan katilnya. Seketika wajah doktor muda itu ditatap. Cuba mengingat kalau dia pernah mengenali lelaki itu. Akhirnya memorinya menemui jawapan.
“Kalau tak silap, awak ni Zarkasyi kan?”
Dr. Zarkasyi tersenyum sambil mengangguk-angguk. Seketika kemudian mereka bersalaman. Dia pernah mengenali Hykal. Pemuda itu pernah menjadi anak buahnya semasa minggu orientasi pelajar tahun pertama dahulu. Ketika itu dia sudah berada di tahun akhir.
Hykal bangun dari katil. Kepalanya masih terasa berat namun rasa sakit tadi sudah tiada. Dr. Zarkasyi cuba memapahnya ke kerusi. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di situ.
“Selalu ke awak rasa pening-pening sebelum ni?” soal Dr. Zarkasyi sebaik sahaja mengambil tempat di hadapannya. Wajah Hykal direnung tepat.
“Pening-pening tu biasa tapi hari ni tak tahu macam mana boleh sampai pengsan. Sebelum ni tak pernah jadi macam ni,” beritahu Hykal.
“Sebelum pengsan tu, ada tak pandangan jadi kelabu atau rasa macam nak termuntah?” soal Dr. Zarkasyi lagi.
“Ada...” Hykal menganguk-angguk dan menyambung semula kata. “Tapi rasa nak termuntah tu tak ada. Mula-mula sakit macam pening biasa tapi tiba-tiba rasa macam ada something yang press kepala ni. Kenapa ya?” soal Hykal ingin tahu.
Dr. Zarkasyi terdiam seketika. Wajah Hykal ditenung. Reaksi wajah lelaki itu benar-benar menuntut jawapan darinya. Namun sebelum berkata, dia harus memikirkan cara penyampaian yang wajar. Walaupun sekadar telahan dan ramalan namun ia penting untuk emosi seseorang pesakit. “Sebetulnya saya tak boleh beritahu apa-apa sebelum diagnosis dijalankan. Basically, sakit kepala ni berlaku disebabkan banyak perkara dan perlu diberi perhatia sekiranya ia berlarutan. Macam ni ajelah, esok awak datang sini semula untuk lakukan diagnosis. Hari ini awak rehatlah secukupnya. Jangan banyak berfikir dan tenangkan fikiran,” nasihat Dr. Zarkasyi sambil mencatit sesuatu di kertas.
“Diagnosis cara yang macam mana?” soal Hykal ingin tahu. Sebelum ini dia tidak pernah mempunyai pengalaman melakukan sebarang diagnosis.
“There are many kinds of diagnosis that can be done such as Magnetic Resonanse imaging or MRI, EEG and biopsy. But in your case CT-Scan diagnosis is the most appropriate one. Diagnosis ni dijalankan untuk memeriksa punca rasa pening dan dari situ it may detect what’s the actual cause of your headache. Hari ni, saya nasihatkan awak berehat banyak-banyak. Saya akan bekalkan beberapa jenis pain killer dan antibiotik, Esok, pukul 12 tengah hari awak boleh datang ke sini.”
Hykal mengangguk perlahan. Dr. Zarkasyi memimpinnya sehingga ke luar pintu. Kelihatan dua orang rakan yang membawanya ke hospital tadi berada di luar.
“Thanks, Syi,” ucap Hykal perlahan.
Dr. Zarkasyi mengangguk-angguk sambil menepuk bahu Hykal.
KEESOKAN hari, selepas tamat sahaja kuliah pada pukul 11 pagi, Hykal terus bergegas ke hospital untuk bertemu dengan Dr. Zarkasyi. Perasaaannya jadi tidak keruan dan menentu. Pemanduannya sesekali terganggu dengan pelbagai andaian buruk di kepala. Beberapa minit memandu akhirnya dia tiba di hospital.
Seorang jururawat membawanya ke bilik Dr. Zarkasyi. Tanpa membuang masa Hykal terus di bawa ke satu bilik khas untuk menjalani ujian diagnosis. Sebelum menjalani ujian, dia telah disuntik dengan suntikan dye. Suntikan itu bertujuan untuk memudahkan imej otak terpapar jelas di dalam gambar di skrin komputer.
Akhirnya hasil laporan diagnosis diambil untuk disahkan. Hykal menanti dengan penuh tenang. Imej-imej bahagian otak yang terpapar di skrin komputer itu dilihat dengan seribu satu rasa. Jantungnya berdendang resah.
Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Dr. Zarkasyi didengar teliti dengan minda sepenuh sedar. Setiap bahagian imej otak itu dimaklumkan oleh Dr. Zarkasyi dengan tenang.
“According to the report of the diagnosis that has been performed, I found that there’s a tumour arises in your neuroxis. This type of brain tumour is called Astrocytoma and its specific name is called Pilocytic Astrocytoma or grade one tumour,” beritahu Dr. Zarkasyi panjang lebar. Wajahnya kelihatan serba salah ketika itu.
Hykal terpana. Nyawanya bagai disentapp. Dunianya seolah-olah menjadi gelap serta-merta. Perasaannya kini hanya TUHAN sahaja yang tahu. Belum pernah dia berasa selemah ini dalam menerima satu kenyataan. Dia benar-benar tidak berdaya lagi. Segala harapan bagaikan musnah dalam sekelip mata. Ya ALLAH, mengapakah ujian berupa ini ditimpakan kepadaku?
“Are you sure, Syi?” soal Hykal masih mencari harapan. Berharap agar semua itu adalah tidak benar semata-mata.
Dr. Zarkasyi mengangguk perlahan.
“Tapi masih belum terlambat untuk cure penyakit tu sebab sel ketumbuhan yang berada di dalam otak awak masih dalam peringkat awal. Bermakna you still have a lot of chances to cure the illness by many types of treatments. Yang penting awak kena kuatkan semangat untuk melawan penyakit tu. Don’t let yourself down. I will follow up your condition from time to time,” ulas Dr. Zarkasyi cuba meredakan perasaan Hykal.
Bagaimana dia harus menguatkan semangat sedangkan hatinya cukup sukar untuk menerima semua itu ketika ini? Perkara ini langsung tidak pernah diduga dan tidak pernah disangka-sangka akan menimpa dirinya. Masa depannya seolah-olah sudah hancur dan tidak ada apa-apa lagi yang difikirkan melainkan maut.
“So, apa yang perlu saya buat untuk buang ketumbuhan tu?”
“You need to undergo the surgery to remove the tumour tapi ia bergantung dengan saiz dan jenis tumor itu sendiri dan tahap kesihatan pesakit.”
“By that surgery, tumor tu boleh dibuang seratus peratus ke?”
“Hmm.. Kalau ikutkan, tumor tu tak boleh dibuang sepenuhnya because the tumour that occupies surrounding the brain tissue is like roots from a plant that spread through the soil. In cases where the tumor cannot be removed, surgery may still help to reduce pressure and relieve symptoms,” terang Dr. Zarkasyi panjang lebar namun kembali menokok penjelasan. “Tapi masih ada lagi dua kaedah rawatan iaitu melalui terapi radiasi dan kimoterapi. It depends on the development of the tumour as such. But don’t worry Carl, I will help you as much as I can.”
“Bila saya boleh jalankan pembedahan tu?” tanya Hykal lagi. Rasa takut sudah tidak terkata lagi saat itu. Dia relah melakukan apa sahaja demi untuk merawat penyakit itu.
“Tumor tu perlu dibuang secepat mungkin sebelum sel-sel dia merebak ke bahagian lain. Nanti saya confirmkan tarikh dan inform semula pada awak.”
Hykal diam seketika sebelum kembali bersuara “Like you said, tumor yang saya hidapi ni masih dalam peringkat awal. It means, how many levels it has dan apa beza semua peringkat tu?” Biarpun semangatnya kian meluntur namun dia masih ingin mengetahui sedikit sebanyak mengenai sakit yang dihadapinya itu. Sekurang-kurangnya dia tahu akan setiap perubahan kondisi tubuhnya nanti.
“Begini.. Astrocytoma tumour is divided by four based on its grade. Jenis yang pertama atau peringkat satu adalah Pilocytic diikuti dengan Fibrillary, Anaplastic dan Glioblastoma. Tumor yang berada di dalam otak awak dinamakan Pilocytic dan keadaan tumor tersebut tidak terlalu serius jika dibandingkan dengan ketiga-tiga peringkat yang lain. Jadi, awak masih ada banyak peluang untuk mencegah pertumbuhan tumor tu melalui beberapa kaedah rawatan,” jelas Dr. Zarkasyi seraya matanya tepat tertancap pada wajah Hykal yang kelihatan tenang. Namun siapa tahu di sebalik reaksi tenang yang ditunjukkan itu perasaannya penuh dengan pelbagai gelojak rasa.
Ya ALLAH, mengapa aku yang dipilih untuk menjalani dugaan ini? Bagaimana seandainya perkara ini diketahui oleh keluargaku? Dan macam mana agaknya reaksi Anis jika diberitahui mengenai penyakit ini? Hykal semakin resah. Tidak sanggup rasanya mengkhabarkan semua itu kepada mereka.
“Tumor ni boleh dihidap pada semua peringkat usia. Ia dibahagikan kepada 4 peringkat. Pada peringkat pertama selnya bergerak secara perlahan, peringkat kedua, tumor itu akan merebak ke tisu-tisu yang terdekat, peringkat ketiga, sel tumor akan bergerak lebih cepat dan ia akan berubah dari bentuk sel normal dan peringkat keempat, peringkat yang paling kronik di mana sel tumor akan bergerak secara agresif.” Wakaf seketika bagi memberi peluang untuk Hykal memahami pengisian penerangannya. Beberapa saat dia menyambung semula.
“Basically, setiap jenis tumor dihidapi oleh peringkat-peringkat umur yang tertentu. Tumor yang biasa dihidapi golongan dewasa terbahagi kepada dua iaitu gliomas dan meningiomas. Gliomas can be described as low-grade (slow-growing), intermediate-grade (more aggressive), or high-grade (very aggressive). Under gliomas, there are many different types of tumours such as Astrocytoma, Mixed tumors, Brain stem glioma, Ependymoma and Oligodendroglioma. dan setiap tumor tu boleh tumbuh di mana-mana bahagian otak kita,” Dr Zarkasyi berhenti seketika. Wajah Hykal setia ditatap. Lelaki itu sedang tekun mendengar. Dia kemudian menyambung kembali penerangannya.
“Meningiomas tumour, cenderung dihidap oleh pesakit yang berusia 40-70 tahun dan kerap berlaku pada wanita. Bercakap tentang simptom-simptom brain tumour pula, pesakit mudah berasa pening terutama sekali pada waktu pagi, muntah atau nausea yang biasanya terjadi pada penghidap yang golongan yang lebih berusia. Simptom-simptom ni terjadi bergantung pada kedudukan tumor itu sendiri mengikut fungsi bahagian otak tersebut. Sesetengah ada yang mengalami gradual loss of sensation or movement in arm or leg, difficulty with balance, speech difficulties, confusion in everyday matters, hearing problems, personality or behavior changes and seizures.”
Hykal terpempan buat beberapa saat. Segala penerangan Dr. Zarkasyi benar-benar menggerunkannya. Apakah dia akan mengalami perkara-perkara seperti itu nanti? Subhanallah..
“Syi, tolong jangan beritahu siapa-siapa pasal ni especially to my family. This is only between you and me,” pinta Hykal penuh mengharap.
Dr. Zarkasyi mengerutkan dahi. “No Carl, they should know about this. You need to tell them. Merekalah yang akan tolong awak, bagi dorongan dan semangat. You can’t face this without your family,” ucap Dr. Zarkasyi tidak bersetuju dengan permintaan Hykal.
Pada kebiasaannya, seorang penghidap barah otak perlu mendapat sokongan dari keluarga dan taulan terdekat untuk dorongan emosi dan fizikal. Lebih-lebih lagi jika pesakit itu baru dimaklumkan tentang penyakit yang dihidapnya, semestinya ia merupakan cabaran baru yang harus ditempuh.
“Saya tak nak mereka risau. Awak tentu fahamkan keadaannya macam mana? Please, just remain this thing as our secret. Buat masa ni biarlah benda ni antara saya dengan awak aje...”
Dr. Zarkasyi akhirnya akur dengan kehendak temannya. Dia menganguk perlahan. Biarpun rasanya tidak wajar Hykal ingin merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan keluarga namun dia harus menghormati kemahuan Hykal.
No comments:
Post a Comment