HARI ini Hykal menerima pangggilan dari Zerril yang memberitahunya dia kini sudah berada di Malaysia. Malam itu juga sebaik sahaja selesai solat Maghrib, dia bergegas keluar memandu keretanya ke rumah rakan karibnya itu. Kebiasaan begitulah tatkala mendengar kepulangan temanya itu. Persis tiada hari esok untuk ditunggu.
“Sekejap ya, auntie naik atas panggil dia. Carl duduklah dulu,” suruh Hasliza lantas beredar ke tingkat atas.
Tidak lama kemudian...
“Woi!”
Kelibat Zerril tervisual di depan mata. Lelaki itu tersengih lebar sambil menapak ke arahnya.
“Assalamualaikum,” sapa Hykal tersenyum mengejek.
“Waalaikumussalam warahmatullah...” Tersengih-sengih lelaki itu. Belum apa-apa sudah terkena.
Seketika mereka berpelukan dan kemudian melabuhkan punggung di sofa. “Amacam? Hidup ada baik?”
Seketika penampilan Zerril diperhati Hykal. Sesaat kemudian dia mencetus tawa kecil.
“Ish, apa hal kau tengok aku menggoda macam tu? Berdiri bulu roma aku ni,” seloroh Zerril bersahaja.
Tawa Hykal meledak. “Otak kaulah... Kau tu dulu sampai sekarang fesyen tak berubah!”
Kata-kata itu sekadar mengundang tawa dari mulut Zerril. Dia meraup-raup rambutnya yang separas telinga itu. Mengerti apa yang dimaksudkan Hykal.
“Wei, ini imej paling stylo beb. Ramai apa sekarang buat rambut macam ni. Takkan nak buat style flat top kot? Kita remaja, mesti kena follow fashion remaja. Janji sempoi, layan...” ucap Zerril sambil meraup-raup rambut yang terjuntai di dahi. Dia ketawa mengekek kemudiannya.
Hykal menggeleng kecil. Temannya itu memang tidak pernah berubah. Berambut panjang, gemar berseluar pendek, dan masih gemar memakai rantai dileher. Bentuk tubuhnya juga masih sama seperti dahulu. Kurus melengking!
Sememangnya sejak dari zaman sekolah lagi Zerril terkenal dengan tubuh kerempengnya sehingga dia diberi gelaran ‘keding’ oleh rakan-rakan. Namun begitu, biarpun imej dan perawakannya kelihatan funky dan gila-gila, tetapi hatinya cukup baik. Malah, dia sentiasa disenangi ramai.
Lelaki itu juga seorang yang tidak kisah. Apa-apa sahaja yang diminta, tidak pernah berkata tidak. Pergerakannya sentiasa ‘lancar’. Dia akan melakukan apa sahaja mengikut gerak hatinya. Cukup mudah untuk memahami sahabatnya itu. Dirinya telus!
“Entahlah kau ni nak jadi doktor nanti,” tutur Hykal sambil tersenyum mengejek. Sesiapa sahaja yang melihat imej Zerril pasti sama sekali tidak menyangka lelaki itu adalah seorang bakal doktor. Bukan setakat imej, perangai pun macam gila!
“Ala, sampai masa nanti aku tuCarlah. Imej tu tak affect apa-apa pun. Yang penting ni dengan ni...” ujar Zerril sambil menuding ke kepala dan dadanya. Dia tersengih kemudiannya.
“Hah, apa cerita kau ni? Meletup habis! Bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain?” Zerril memulakan ‘serangan’nya.
Hykal mengangkat bahu. “Benda dah lepas. Aku malas nak ungkit lagi.”
“Laaa pulak dah. Apa masalahnya? Korang bercinta bukannya sekejap. Kalau setakat bergaduh sebab hal-hal remeh, takkanlah sampai break up? Dah bertunang dengan orang lain pun. Ni mesti besar punya hal ni. Aku tahu sangat dah korang berdua ni...” Zerril menuding jari telunjuknya.
“Jodoh tak panjang,” ucap Hykal menunjukkan dia tidak berminat untuk terus membincangkan perkara itu.
“Yelah, jodoh tak panjang tapi apa sebabnya jodoh tu jadi tak panjang? Kalau nak pakai alasan tu, CSI pun surrender wei.”
“Entahlah...,” ucap Hykal pendek sambil melepaskan keluhan. Pandangannya dialihkan dari memandang wajah Zerril untuk seketika. Dia memang benar-benar tidak berminat untuk membangkitkan soal itu lagi.
“Dia ada orang lain?” teka Zerril. Dia tahu Hykal tidak akan bersuara untuk memberitahu hal yang sebenar selagi tidak didesak. Jadi, ada baiknya dia sendiri meneka.
Sejak kali pertama mendengar berita perpisahan Hykal dan Najwa, telahan tersebut sudah bermain di kepalanya. Dia yakin Hykal tidak akan dengan mudah memutuskan hubungannya dengan Najwa hanya kerana perkara kecil. Dia juga yakit sahabatnya itu setia dalam perhubungan. Sebab itu, segala punca kesalahan lebih cenderung berpihak dari Najwa.
Hykal mengangguk perlahan.
Zerril terdiam untuk seketika namun kembali menyambung kata. “Love.. Very complicated!”
Haical mengulum senyum lalu memandang Zerril. “Complicated, because we make it complicated. Love is human nature. Bagi aku, human nature tu anugerah dari ALLAH pada kita. What HE gives to us is the most perfect thing. Kita aje yang tak tahu nak jaga elok-elok.”
Zerril menguntum senyum. Berbahasa pulak Mamat ni. Namun dia sedar kata-kata Hykal itu benar.
“Zaman sekarang ni dah macam-macam benda berlaku. Perempuan memanglah ramai tapi... Hai, entahlah, Carl.”
“Ah, sudahlah nak mengeluh konon. Bercinta pun tak pernah. Kalau hal aku kau sibuk nak ambik tahu. Kau tu... 4 tahun belajar kat sana, takkanlah takde sorang pun yang sangkut? Asyik single dari dulu. Naik menyampah aku dengar,” kutuk Hykal bersahaja.
“Benda macam ni kena slow-slow. Ada strategi. So, kena rancang awal-awal dulu, lepas tu baru bertindak secara bijak... Alah, nanti dah ada aku bagi tahulah kau. Buat masa ni biarlah lepak-lepak dulu.”
Hykal hanya tersenyum mendengar jawapan dari Zerril. Ternyata pegangan Zerril masih sama seperti dahulu. Zerril jarang serius setiap kali bercakap mengenai soal cinta. Bukannya dia jenis lelaki yang suka bermain-main dengan cinta, jauh sekali menyamakannya dengan lelaki playboy tetapi lelaki itu gila belajar.
Zerril terlampau komited dengan pelajarannya sehinggakan adakalanya dia berasa lelaki itu tidak menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Soal cinta ditolak ke tepi. Katanya, perempuan itu boleh dicari bila-bila masa sahaja. Dalam tempoh dan waktu sekarang, tumpuan dan fokus pada pelajaran diletakkan di paras yang paling atas pada tangga aspirasinya.
Lantak kaulah Zerril, janji kau bahagia sudah... Bisik hati Hykal sudah malas memberi sebarang komen.
“Weh, jom lepak luar. Bosan aku duduk rumah,” ajak Zerril lantas menurunkan kakinya ke lantai.
“Kau tak penat ke? Baru sampai dah nak keluar?” soal Hykal merenung tepat ke muka Zerril.
“Penat apa? Duduk dalam kapal terbang tidur memanjang. Kau ingat boleh main ragbi ke dalam tu?”
Kata-kata Zerril membuatkan Hykal tergelak besar.
KEINDAHAN permandangan dari jambatan Putrajaya itu begitu memukau pandangan. Anak mata Zerril melilau pada bangunan-bangunan di seberang sana. Hanya lampu yang kelihatan jelas menghiasi keindahan malam di situ. Di kiri dan kanan tempatnya berdiri, kelihatan ramai pasangan muda sedang bersantai, bergurau senda dan sebagainya. Sesekali pendengarannya diganggu dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang yang sengaja memecut kereta dan motosikal mereka laju.
Sudah habis satu KL dipusing mereka dan Putrajaya adalah destinasi terakhir. Dua tahun berada di negara orang, pastinya perasaan rindu pada negara sendiri begitu menggunung. Zerril kelihatan begitu teruja dengan setiap permandangan di Kuala Lumpur. Semuanya seakan seperti sesuatu yang baru baginya. Maklumlah, sudah sekian lama tidak pulang.
“Kau cuti sampai bila ni?” tanya Hykal.
Zerril berpaling menghadap Hykal.
“Dua bulan lebih...”
“Planning?”
“Duduk rumah ajelah. Nak buat apa lagi? Aku balik ni pun sebab nak rehat puas-puas. Release sikit burden lepas praktikal. Kalau ada masa free nanti, aku akan usahakanlah tanah belakang rumah aku tu. Buat kebun sayur dengan herba. Tanam terung, daun kari ke, petola ke.. Tak payah ibu aku susah-susah ke pasar lagi,” seloroh Zerril sambil tergelak-gelak. Kepalanya itu asyik fikir nak merapu aje!
Hykal ketawa. Geli hati mendengar kata-kata Zerril itu.
“Bila kau nak grad?”
“Insya-ALLAH, dalam tempoh setahun ni. Tapi aku ingat lepas kontrak kerja aku habis, aku nak sambung Masterlah. Lepas tu Ph.D and then professorship. Habis belajar aje aku keluar dengan title, Professor Dr. Dr. Zerril Ashriff Nazri. Amacam? Hebat tak gelaran tu?”
“Apahal ada dua kali Dr?”
“Yelah, satu gelaran rasmi, satu gelaran untuk Ph.D,” balas Zerril dengan senyuman yang ditahan-tahan.
Meledak tawa Hykal. “Hai, susahlah kalau cita-cita setinggi langit ni. Tapi baguslah kalau kau nak belajar sampai tahap professorship. Habis belajar, kau perabis masa duduk dalam lab. Yelah, nak jadi professor kenalah banyak sikit sumbangan untuk orang ramai. Cipta vaksin ke, buat eksperimen ke. Tak payah kerja dengan orang. Kau duduk aje dalam lab tu sampai mati. Tak payah nak sibuk-sibuk dengan orang lain.”
“Aih, kau ni perli aku ke apa ni? Menyudahnya mati dalam gila aku lama-lama.”
“Dah, tak ingat nak buat benda lain. Kahwin tak nak, apa tak nak. Umur kau bukannya makin muda. 10 tahun lagi dah kerepot, dah jadi tok kebayan kau tahu? Nak cakap anti-climax, cita cita bukan main besar,” omel Hykal sambil merenung tepat ke muka sahabatnya.
“Anti-climax?” Dahi Zerril berkerut tanda tidak mengerti.
“Yelah, orang macam kau yang tak pernah fikir pasal kahwin... One of ultimate goals in human’s life.”
“Eleh!” Zerril mencebik seraya berpaling menghadap permandangan tasik Putrajaya di depannya. “Bukan tak nak fikir benda tu sampai bila-bila tapi aku nak capai cita-cita aku dulu. Kalau kedudukan aku dah stabil, karier pun dah terjamin, barulah... Kalau boleh aku nak kumpul harta dulu, lepas kahwin senang. Semua benda dah tersedia untuk bini aku. Tak payahlah susah-susah nak fikir lagi nak cari itu ini,” hujah Zerril panjang lebar.
“Sudahlah wei. Aku rasa kau ni kalau jadi trilionwan pun belum tentu kau fikir pasal perempuan. Dalam kepala kau tu ada apa kau tahu? Buku, buku, buku... Nak menyampai ke tua, boleh jadi buta mata kau tu. Hmm, aku kenal sangat dengan kau ni, Ril. Belajar bagai nak rak sampai tak ingat alam sekeliling.” Hykal tersenyum sinis.
“Orang cakap, belajar macam hidup selamanya, beramal macam esok dah nak mati.”
Hykal mencebik. Sudah tahu pasti Zerril ada ‘madah’ yang lagi baik untuk menyangkal kata-katanya.
“Nak buat macam mana, Carl. My life has
been preoccupied with non-stopped study. Just as the saying goes, All work and no play makes Jack a dull boy. Celik mata aje hadap buku sampai tidur pun mimpi buku. Manalah sempat nak bercinta-cintun ni. Cuba kau bayangkan kalau sekarang aku ada someone yang bergelar ‘awek’? Mana ada masa nak SMS, e-mel semua tu. Once in a relationship, paling kurang pun kena tanya khabar dua hari sekali. Ini seminggu pun belum tentu. Handphone pun boleh dengar ringtone aje tapi nak baca mesej orang hantar pun tak sempat. Kalau online pun untuk hantar assignment, tak pun cari source untuk thesis. Sekali sekala dapat balas e-mel kau tu pun dah kira syukur kau tahu tak?” Begitu panjang hujah Zerril. Penuh perasaan menyatakan kisah ‘alam’nya.
been preoccupied with non-stopped study. Just as the saying goes, All work and no play makes Jack a dull boy. Celik mata aje hadap buku sampai tidur pun mimpi buku. Manalah sempat nak bercinta-cintun ni. Cuba kau bayangkan kalau sekarang aku ada someone yang bergelar ‘awek’? Mana ada masa nak SMS, e-mel semua tu. Once in a relationship, paling kurang pun kena tanya khabar dua hari sekali. Ini seminggu pun belum tentu. Handphone pun boleh dengar ringtone aje tapi nak baca mesej orang hantar pun tak sempat. Kalau online pun untuk hantar assignment, tak pun cari source untuk thesis. Sekali sekala dapat balas e-mel kau tu pun dah kira syukur kau tahu tak?” Begitu panjang hujah Zerril. Penuh perasaan menyatakan kisah ‘alam’nya.
“Aku pun kalau ikutkan sibuk jugak. Hari-hari bersengkang mata kat dalam studio. Buat drawings, pelan entah apa-apa jenis pelan yang complicated tapi pandai-pandailah cari peluang untuk diri sendiri,” ulas Hykal masih cuba menyedarkan temannya itu.
“Alah, ada jodoh, adalah. Kadang-kadang tak payah cari dia datang sendiri. Kau jugak yang pernah cakap kat aku dulu.” Zerril tersengih sambil menjungkit-jungkitkan keningnya.
Hykal tersenyum nipis. Semestinya dia akan tewas apabila bercakap tentang soal perempuan dan jodoh dengan Zerril. Bilalah pintu hati temannya itu akan terbuka untuk seorang gadis barangkali? Dan siapalah agaknya gadis yang mampu menakluki hati sahabatnya itu?
Adakalanya dia teringin benar melihat Zerril dilamun cinta namun kelihatannya lelaki itu masih dengan kedudukan dan prinsip yang sama. Jika sedemikian kata-kata yang diputuskan Zerril, dia tidak mahu berkata apa-apa lagi. Dia menghormati pendirian Zerril. Kata-kata lelaki itu bukan kata-kata kosong malah pengisiannya cukup bernas dan terancang.
No comments:
Post a Comment