TOMBOL pintu studio Hykal dipulas dari luar lantas terlihat kelibat Hykal sedang melukis sesuatu di atas meja.
“Carl...” panggil Zarina perlahan. Serentak tumpuan Hykal teralih kepadanya.
“Buat apa ni?” soal Zarina sebaik sahaja menghampiri meja Hykal.
“Buat design terrace house yang dulu tu,” beritahu Hykal menumpukan pandangannya pada lukisan rumah teres dua tingkat yang hampir siap dilukis itu.
Zarina mengambil tempat di kerusi bersetentang dengan meja. Gelagat Hykal yang sedang tekun melukis itu diperhati. Dia tersenyum sendirian.
“Ni kenapa ni senyum-senyum tengok Carl ni?” soal Hykal hairan tatkala terasa Zarina sedang merenung ke arahnya.
“Mama nak tanya sikit ni, boleh?”
Kening Hykal bertaut. Sedikit pelik tatkala Zarina menyoalnya sedemikian walaupun dia sudah biasa dengan cara mamanya itu mengemukan soalan.
“Apa dia, mama?” Hykal tertawa kecil.
“Carl selalu jumpa Anis ya?”
Soalan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan Hykal tersentak. Namun ekspresi wajahnya dikawal supaya tidak kelihatan begitu ketara memperlihatkan apa yang sedang menyerang hati ketika itu.
“Mana mama tahu ni?” tanya Hykal semula. Hairan juga bagaimana Zarina boleh mengetahui semua itu. Setahunya, mamanya itu sentiasa sibuk dengan kariernya sebagai seorang pensyarah di Universiti Tenaga Nasional itu. Masanya juga selalu dihabiskan bersama pelajar-pelajarnya.
Zarina tersenyum penuh makna. “Mama banyak informer, Carl. Mama tahulah kegiatan anak-anak mama.”
Kata-kata Zarina membuatkan Hykal tergelak besar. Macam ejen James Bond aje bunyi cakapnya.
“Kalau Carl ada projek kat area-area belah Klang sana, selalu jugaklah jenguk dia kat Shah Alam tu. Hmm, siapa yang bagi tahu mama ni?” soal Hykal masih belum mendapat jawapan yang ingin diketahuinya.
“Siapa lagi kalau bukan adik kesayangan kamu tu. Pengorek rahsia terulung abad ini,” ujar Zarina mengungkap sifat anak bongsunya itu. Memang dari dulu lagi Qistina sering memainkan peranannya sebagai informer utama di rumah itu. Sehingga kini biarpun sudah berada jauh, masih mengekalkan ‘tugas’ yang sama.
“Alah, jenguk sekali sekala aje, mama... Lagipun Carl kesian kat Anis tu. So, kalau sempat tu Carl pergilah jumpa dia sekejap,” cerita Hykal dengan intonasi suara yang cukup tenang.
“Iyelah tu sekali sekala. Yang mama dengar, versi lain. Mana satu yang betul ni ya?” Zarina mengerdipkan matanya sambil tersenyum nakal.
“Ish mama ni. Percaya sangatlah cakap Qistina tu,” ucap Hykal kembali menyambung kerjanya. Jauh di sudut hati tidak keruan juga dibuatnya tatkala segala kegiatannya diketahui oleh Zarina. Tentu Zarina akan menyangka yang bukan-bukan nanti.
“Mama cuma nak kepastian aje. Kalau betul, tak apalah. Mama bukan nak marah pun.”
Sekilas Hykal memandang wajah mamanya. Dilihat wanita itu sedang tersenyum sendirian.
“Mama, what’s with you?” soal Hykal penasaran. Entah kenapa dia dapat merasa ada sesuatu yang bermain di fikiran mamanya itu.
“Tak.. Tak ada apa-apa.” Zarina menggeleng-geleng sambil tersenyum. Hmm, Carl sambunglah kerja Carl tu ya. Mama nak masuk tidur dulu. Good night,” ucap Zarina lantas terus berlalu.
Ketika di muka pintu sempat dia melemparkan senyuman ke arah anak lelakinya itu. Gelagat Zarina itu meninggalkan tanda tanya di kepala Hykal. Apa kena dengan mama ni?
PAGI itu mereka bersarapan seperti biasa. Dan seperti selalu, Hykallah orang yang paling terakhir turun ke bawah. Di kiri kanannya dipenuhi dengan pelbagai jenis alatan yang dibawa. Bekas lukisan, kertas pelan dan beg perkakas lukisannya.
“Morning pa. Morning ma...” sapa Hykal sambil meletakkan segala jenis alatan yang dibawa di meja sebelah lantas melabuhkan punggung di hadapan Azizul.
“Stay kat rumah kawan ke malam ni?” soal Zarina tatkala melihat Hykal membawa segala keperluannya bersama. Biasanya Hykal hanya akan membawa keperluan-keperluan itu jika dia ingin melakukan kerja berkumpulan bersama rakan-rakan lain.
“A’ah, Carl tidur kat rumah Huzir malam ni.”
“Makesure kat rumah Huzir ya malam ni? Jangan melencong ke tempat lain pulak,” pesan Azizul seolah-olah membawa maksud yang tersirat.
Serentak anak mata Hykal terarah pada Azizul. Dia mengerutkan keningnya sambil tersenyum. “What do you mean?”
Azizul sekadar tersenyum penuh makna. Begitu juga Zarina. Hykal mula dapat merasakan sesuatu.
“Lain macam aje mama dengan papa ni,” luah Hykal memandang kedua-dua orang tuanya.
“Papa pesan aje. Bukan bermaksud apa-apa. Sebab dengar-dengar dah selalu keluar daerah sekarang ni,” tutur Azizul masih ingin berkias. Namun kiasannya terus dapat difahami oleh Hykal.
Ini memang tak lain tak bukan, pasti perihal Anis yang dimaksudkan! Telahan itu semakin pasti tatkla melihat Zarina menjeling nakal ke arahnya.
“Insya-ALLAH Carl akan berada di tempat yang sepatutnya. Mama dengan papa janganlah risau ya?” tutur Hykal bersahaja dengan lagak selambanya. Roti kosong di depan matanya dicapai lalu dicalitkan sedikit jem. Kemudian teh panas yang telah tersedia dihirup perlahan.
“Kalau ada apa-apa, janganlah berahsia. Apa-apa hal beritahu. Taklah kami tertanya-tanya, ternanti-nanti. Ya putera sulung mama?” bicara Zarina persis seorang penyair zaman-zaman dahulu lagaknya.
“QIS cerita apa kat mama hah?” soal Hykal ketika menghubungi Qistina hari itu. Ketika itu dia sedang menanti waktu kelas yang akan diadakan sebentar sahaja lagi. Pelajar-pelajar lain sudah bergegas masuk ke dalam dewan kuliah.
“Takde cerita apa-apa pun?” balas Qistina seolah-olah tidak faham dengan soalan spontan dari abangnya itu.
“Cakap betul-betul,” desak Hykal mulai geram dengan adiknya itu. Kerana Qistinalah, mama dan papanya mula menyangka yang bukan-bukan mengenai hubungannya dengan Anis. Budak ini kalau bawak mulut, memang pakar sungguh!
“Betul. Qis takde cakap apa-apa pun kat mama dengan papa. Qis tak tahu apa-apa pun kat sini. Tiba-tiba nak bombard orang pulak,” lawan Qistina kedengaran mulai berang.
Hykal tergelak. Salahnya juga tiba-tiba menyerang Qistina seperti itu tanpa menerangkan perkara yang sedang berlaku.
“Pasal Anis...”
“Ooo.. Cakaplah pasal tu. Alah, itu cerita lapuk dah tu. Mama dengan papa baru nak pasang umpan ke?” Kedengaran Qistina tergelak-gelak di talian.
“Umpan? Umpan apa ni? Ni abang nak warning sikit. Jangan nak pandai-pandai mereka cerita kat mama dengan papa ya? Kalau abang tahu, siap Qis!” Hykal memberi amaran.
“Eleh, kisah apa dengan warning abang tu? Qis tak takutlah. Kalau dah suka tu cakaplah suka. Tak payah nak jumpa sorok-sorok,” usik Qistina semakin giat. Dia meledakkan tawanya.
“Tu dia... Ketawa macam jembalang tanah! Dah! Pergi belajar. Abang nak masuk kelas ni. Ingat, jangan mengada-ngada cerita bukan-bukan kat mama ataupun papa. Faham tak?”
“Ye... Faham!”
No comments:
Post a Comment