GELAK TAWA ceria kedengaran di gelanggang tennis di kediaman atas bukit itu. Qistina dan Anis sedang beradu kecekapan menentang Hykal. Masing-masing sudah termengah-mengah menangkap bola.
“Stop!” laung Hykal yang sudah tercungap-cungap menarik nafas. Dia terduduk di atas gelanggang.
Qistina dan Anis juga terduduk. Mereka juga sudah semput bermain. Hampir setengah jam mereka bermain tanpa henti. Peluh sudah membasahi baju.
“Kita orang menang lagi...” jerit Qistina lalu tertawa besar.
“Mana aci. Dua lawan satu. Sampai esok pun takkan menang,” ucap Hykal tidak puas hati seraya menyeka renek peluh di dahi.
“Alah, selama ni pun kalau abang lawan Qis bukan pernah menang jugak,” ejek Qistina.
“Itu dulu. Try me. Kita lawan berdua. Kita tengok, siapa yang menang siapa yang kalah. Amacam? Ada berani?” soal Hykal sambil menjungkit keningnya.
Qistina bangun. “Okay. Let’s get it started!” jeritnya penuh bersemangat. Padahal semput masih belum hilang. Dia yakin dia masih boleh memang jika berlawan dengan Hykal. Abangnya itu bukannya mahir sangat bermain tenis.
Hykal mencapai raket lantas bangkit. Anis sudah beredar ke tepi menjadi pengadil tidak rasmi mereka. Permainan dimulakan sebaik sahaja Anis selesai membilang satu dua tiga.
Qistina dan Hykal sama-sama menunjukkan kemahiran masing-masing di gelanggang. Lima belas minit berlalu, jumlah mata yang dikumpul Qistina dan Hykal masih seri dan sama. Kedua-duanya mula kelihatan semput.
Tiba-tiba boleh yang dipukul oleh Hykal gagal disambut Qistina. Bola itu bergolek ke tepi gelanggang sehingga melantun ke pagar. Akhirnya kemenangan berpihak kepada Hykal. Lelaki itu duduk sambil tertawa kuat.
Qistina juga terduduk. Antara percaya dan tidak dia tewas di tangan Hykal. Bila masa pulak abang aku ni dah pandai bermain tenis?
“Believe or not?” soal Hykal dengan tawa yang masih bersambung.
Qistina mencebik.
MALAM itu, ketika hendak ke biliknya, dia melalui studio Hykal. kelihatan pintu studio itu terbuka separuh. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Qistina baru sahaja tidur sebaik sahaja Anis meminta diri untuk ke bilik.
Entah kenapa tergerak hatinya untuk menghampiri studio tersebut. Dari pintu yang terkuak itu dia dapat melihat keadaan samar-samar di dalamnya. Hanya lampu meja sahaja yang terpasang. Tidak kelihatan pula kelibat Hykal di situ.
Tiba-tiba Hykal muncul.
“Ya ALLAH! Anis! Buat apa dekat sini? Kenapa tak tidur lagi? Ingatkan siapalah tercegat dekat pintu tadi. Ish...” Hykal mengurut-ngurut dadanya. Terkejut bukan kepalang dia tatkala melihat kelibat Anis di situ. Sangkanya makhluk lain... Hai, kusmangat!
“Sorry. Anis lalu tadi tengok pintu terbuka. Ingatkan tak ada orang. Saja Anis nak jenguk. Sorry sangat-sangat,” ucap Anis kesal. Terasa darah menyerbu ke muka. Itulah, nak menyibuk lagi! Marahnya pada diri sendiri.
“Anis dari mana ni? Kenapa belum tidur? Dah nak dekat pukul 2 dah ni.” Hykal menjeling jam dinding di dalam studionya.
“Dari bilik Qis tadi. Sembang-sembang. Dah nak tidurlah ni. Anis masuk bilik dulu Sorry terkejutkan abang tadi,” ujar Anis lagi meinta maaf. Dia sudah tidak betah berdiri di hadapan Hykal. Tebal rasanya muka ini.
“Anis dah nak tidur ke?” soal Hykal tiba-tiba. Pandangan terarah tepat pada wajah Anis.
“Belum lagi kot. Kenapa?”
Hykal kelihatan teragak-agak. “Mata abang ni dari tadi tak mengantuk. Dari petang tadi duduk dalam studio melukis. Nak siapkan projek, semua dah submit. Kalau Anis tak kisah, abang nak ajak Anis berbual dekat ruang tamu. Tapi kalau dah mengantuk, Anis masuk ajelah bilik tidur.”
“Hmm, boleh jugak.” Mudah sahaja dia menerima ajakan lelaki itu. Malah, dia terasa ingin benar berbual-bual dengan Hykal ketika itu. Lelaki itu seolah-olah punyai sesuatu yang membuatkan hatinya jadi senang.
Mereka ke ruang tamu tidak jauh dari situ.
“Anis dekat sana okey?” soal Hykal memulakan perbualan.
“Okey. Kawan-kawan pun okey. Tapi kelas penat sikit. Most of the time duduk dalam studio. Projek tak pernah habis. Waktu cuti pun kena duduk dalam studio,” cerita Anis panjang lebar.
Hykal tersenyum mendengar luahan gadis itu. “Normal semua tu, Anis. Being an architecture student demands more effort than others. But it will be easy if you think that you’re just playing with some art which is created on your own. Sometimes you just have to stay in studio for a few days or maybe a few weeks just to accomplish your work. Tapi lepas semua projek tu siap, Anis akan rasa sangat puas. Lebih-lebih lagi kalau lecturer Anis rate kerja Anis tu as excellent. It’s all about arts, Anis. Arts is freedom in which sometimes you can’t measure with you rational thinking. So, just do whatever you want to do, creat anything you like as long as it’s good and great.”
Terpegun seketika Anis mendengar kata-kata Hykal. Lelaki itu benar-benar telah membuka matanya. Setiap kata yang diucap seolah-olah menunjukkan lelaki itu benar-benar menjiwai bidang yang diceburinya.
“Thanks. Abang dah banyak bagi nasihat kat Anis selama ni. Lain kali kalau apa-apa, Anis cari abang dululah. Jadi sifu Anis ya?” gurau Anis sambil tertawa kecil.
“My pleasure,” balas Hykal kemudian tersenyum.
Anis tersenyum nipis. Sikap baik Hykal benar-benar meruntun jiwanya. Namun Anis cepat-cepat menyedarkan dirinya agar tidak terus dilambung rasa yang tidak sepatutnya. Dia tidak mahu menyimpan sebarang rasa buat lelaki itu. Lelaki itu ialah abangnya! Dia mengingatkan diri sendiri.
Lama mereka juga mereka berbual di situ. Topik perbualan mereka merangkumi segala perkara sehinggalah dengan tidak sengaja menyentuh hal peribadi Hykal. Tiba-tiba sahaja Hykal menceritakan kisah dan detik-detik perkenalannya dengan Najwa dahulu. Melalui kata-kata Hykal, dia dapat merasa lelaki itu terlalu mencintai Najwa satu ketika dahulu.
Anis faham bagaimana rasa kehilangan orang yang disayangi. Dia juga pernah kehilangan seorang ibu yang amat disayangi. Penangan yang dilaluinya itu barangkali lebih hebat dari Hykal. Kesannya melumpuhkan seluruh semangatnya namun dengan junjungan kasih-NYA, masih ada lagi yang sudi memberi kekuatan untuk dia meneruskan hidup.
“Boleh abang tanya sesuatu?”
Anis menjungkitkan keningnya.
“Anis pernah jatuh cinta?”
Soalan itu tiba-tiba menggetarkan perasaan Anis. Lantas dia menggeleng. Tidak pernah seumur hidupnya jatuh cinta dengan sesiapa. Dirinya tidak ada ruang untuk konteks itu.
“Sekali pun tak pernah?” tanya Hykal lagi meminta kepastian. Dia seolah-olah tidak percaya.
Sekali lagi Anis menggeleng.
Hykal tergelak kecil. “Susah nak percaya kalau orang sekarang tak pernah bercinta. Yelah, budak sekolah rendah pun dah tahu main couple-couple.”
“Tak tahulah, abang. Anis tak pernah fikir pasal ni. Maybe sebab Anis selalu fikir yang Anis ni tak sesuai lagi nak ke arah tu kot?”
“Cinta tu satu fitrah yang ALLAH telah tetapkan untuk semua manusia dan tidak ada seorang pun akan terkecuali dari dikurniakan perasaan tu. Kalau satu hari nanti Anis jatuh cinta, Anis kena ingat bila kita cintakan seseorang, cintalah dia sepenuh hati dan jangan sekali-kali lukakan dia walau macam mana keadaan sekalipun. Bila kita memberi cinta, orang yang menerima cinta kita tu berhak untuk dapatkan perasaan kasih sepenuhnya dari kita dan kita tak ada hak mempermainkan perasaan dia diluar kerelaan dia. Bila kita bercinta kita kena adil pada perasaan dia.”
“Wow! Dr. Cinta rupanya,” gurau Anis lalu tertawa. Namun segala kata diambil sebagai satu idea yang membuka mindanya. Ah, banyak betul benda yang dipelajari dari Hykal malam itu.
Sedar tidak sedar, sudah hampir dua jam mereka berbual di situ. Mata Anis semakin layu.
“Okeylah Anis. Dan pukul 3 dah ni. Abang pun dah mengantuk. Pergilah masuk tidur. Thanks teman abang berborak,” ucap Hykal sebaik sahaja mendapati Anis sudah kerap kali menguap.
“Okey. Terima kasih sebab dah ajar Anis macam-macam malam ni. Good night, abang,” ucap Anis kemudian beredar ke biliknya.
“Good night. Jangan lupa basuh kaki tu dulu sebelum tidur!” pesan Hykal sebelum sempat memadamkan lampu ruang tersebut.
No comments:
Post a Comment