PERMULAAN bulan Julai yang dinantikan telah tiba. Seminggu sebelum hari pendaftaran, Qistina dan Anis sudah sibuk mencari barang-barang keperluan yang akan dibawa.
Masing-masing kelihatan ceria pagi itu. Sepertinya tidak sabar-sabar lagi ingin menempuhi situasi yang baru. Zarina dan Azizul sudah bersiap-siap. Hanya menanti orang gaji mereka menyusun barang-barang Qistina di booth kereta.
“Nak bertolak pukul berapa ni, Karl?” tanya Azizul kepada Hykal yang sedang duduk menonton telivisyen di ruang tamu.
“Sekejap lagi lepas mama dengan papa bertolak.”
“Hmm, hati-hati drive tu nanti. KL jam hari ni. Mostly registration IPTA conduct hari ni kan,” beritahu Zarina persis seorang pelapor trafik.
“Iye, mama.” Hykal mengangguk sambil tersenyum sendirian.
“I’m done. Let’s go!”
“Amboi! Macam nak pergi berperang aje!” tegur Hykal mengejek. Anis dilihat sedang berdiri di sebelahnya. Gadis itu kelihatan manis mengenakan baju kurung kuning dan tudung putih.
Qistina tersengih. “Jomlah, mama. Takut lambat nanti, jam pulak,” gesa Qistina lantas menapak ke muka pintu. Semua yang ada membuntuti langkah Qistina sehingga ke anjung tempat letak kereta.
Setelah bersalaman dan berpelukan dengan Anis, mereka terus bertolak.
“Shall we?” soal Hykal sambil menjungkit kening memandang Anis.
Anis mengangguk. Semua barangnya sudah dimasukkan ke dalam kereta. Dia menanti Hykal mengambil kunci kereta. Tidak lama kemudian lelaki itu muncul dan terus menghala ke kereta.
Enjin kereta dihidupkan. Sepuluh minit kemudian mereka bertolak meninggalkan perkarangan kediaman.
KEADAAN di dewan pendaftaran sesak dipenuhi dengan pelajar-pelajar baru. Anis mula berbaris bersama pelajar-pelajar lain. Sementara Hykal menanti di belakang tempat ibu-bapa pelajar-pelajar lain menunggu.
Agak lama juga dia beratur mengikut prosedur pendaftaran. Sebaik sahaja selesai dia terus keluar dewan mencari kelibat Hykal. Kelihatan pemuda itu sedang berdiri di satu sudut tidak jauh dari tempatnya berdiri.
“Dah siap semua dah?” soal Hykal dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Dah. Lepas ni nak register hostel pulak,” maklum Anis sambil membaca tentatif program sepanjang minggu orientasi. Seperti yang tertera di jadual, program pertama orientasi akan dimulakan petang ini.
Tanpa menunggu lagi, Hykal menghantar Anis ke asrama kediamannya iaitu di Kolej Anggerik Sebaik sahaja sampai, Anis terus mengeluarkan barang-barangnya dari kereta sambil dibantu oleh Hykal. Seperti yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan asrama, Anis ditempatkan di tingkat dua. Satu bilik memuatkan 4 orang pelajar.
Setelah mendapat kunci dari pejabat, Anis mengangkat satu persatu barangnya ke bilik. Setelah selesai dia mendapatkan semua Hykal. Tercungap-cungap juga nafasnya berulang alik dari bawah ke atas.
“Settle?” soal Hykal tertawa kecil melihat keadaan Anis yang tercungap-cungap. Kesian budak ni...
“Dah. Semua dah siap. Terima kasih sebab tolong, Anis,” ucapnya sambil merenung tepat ke dinding wajah Hykal. Sekali lagi ada satu rasa asing yang hinggap di hatinya tatkala memandang wajah pemuda itu. Namun cepat-cepat Anis melenyapkan rasa itu.
“Lapar tak? Kalau Anis lapar, kita keluar dulu makan? Sempat lagi ni,” saran Hykal sambil melihat jam tangannya.
“Tak apalah, abang. Anis tak lapar lagi. Kalau abang nak balik dulu, abang baliklah. Abang mesti penatkan? Dari pagi sampai petang teman Anis ke sana ke mari.”
“Alah hal kecik aje, Anis. Takkanlah abang nak biar Anis sorang-sorang buat semua ni? Hmm, kalau dah tak ada apa-apa, abang balik dululah.”
Anis mengangguk-angguk.
“Anything just call me. Anis ada nombor abang kan?”
Anis menggeleng. Manalah dia pernah menyimpan nombor telefon Hykal selama ini. Bukannya dia pernah berurusan dengan lelaki itu. Kalau memerlukan pertolongan pun, dia akan bersama-sama Qistina dan Qistina sendiri yang akan menghubungi abangnya itu.
“Okey, Anis kasi nombor telefon Anis, nanti abang miss call,” ujar Hykal lantas mengeluarkan telefon bimbitnya.
Anis mula menyebut satu persatu nombor telefonnya. Tidak lama kemudian telefon bimbitnya berbunyi tanda daftar panggilan tak dijawab dari nombor Hykal.
“Okey, nanti apa-apa hal call abang okey? Take care of yourself.” ucap Hykal kemudian masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, keretanya terus bergerak meninggalkan perkarangan asrama.
ANIS mula bertegur sapa dengan dua orang rakan sebiliknya yang baru dikenali itu. Seorang datang dari Sarawak dan seorang lagi datang dari Perak. Tidak lama selepas itu, seorang lagi penghuni bilik itu muncul.
Orangnya tinggi lampai dan berkulit hitam manis. Rambutnya yang perang dibiar menggerbang tidak berikat. Gayanya pemakaiannya agak up-to-date.
Entah kenapa tiba –tiba Anis teringatkan Najwa. Penampilan gadis itu lebih kurang sama seperti bekas teman wanita Hykal dahulu. Bezanya gadis itu berambut kerinting dan Najwa berambut lurus.
“Semua bilik ni ke?” sapa gadis itu kedengaran tidak dengan riak wajah yang tersendiri. Wajahnya tidak mesra seperti rakan-rakan yang lain.
Anis, Johanna dan Fairuz mengangguk serentak lantas memperkenalkan diri masing-masing.
“I’m Ryana from Subang. Just call me Ryn.” Perempuan itu memperkenalkan dirinya dengan lagak yang sombong.
Dalam diam Anis mula mentafsir gadis di hadapannya. Perawakan gadis itu benar-benar membuatkan dia berasa tidak selesa. Ah, inilah dugaan pertamaku di sini. Bertemu dengan seseorang yang tidak sekepala!
WALAUPUN terpisah dengan jarak, Qistina dan Anis tidak pernah berhenti berhubung. Setiap hari ada sahaja mesej yang akan dihantar oleh gadis itu menceritakan kisah-kisahnya sepanjang minggu orientasi.
Pagi itu selepas Subuh dia sudah menerima mesej dari Qistina. Tergelak sendiri dia membaca mesej gadis itu.
Hari ni hari yg plg memalukan! Masa solat Subuh td, Qis mmg dah tak boleh tahan rasa mngantuk. Bila org sujud, Qis terus tertidur. Tak bangun2 sampailah org siap solat. Malunya Anis. Semua org tengok!
Anis tersenyum sendirian namun lekas-lekas dia menyimpan kembali telefon bimbitnya sebaik sahaja para commitee melaung-laung memangil mereka supaya berkumpul.
Setelah satu ceramah, satu ceramah lagi yang perlu didengari. Telinga Anis seperti hendak menjadi semakin tebal dengan semua ceramah yang membosankan itu. Matanya semakin mengantuk. Seharian dia tidak tidur kerana mencuci baju dan mengemas bilik. Awal-awal pagi mereka diarah berkumpul di masjid beramai-ramai.
Badan yang penat menambahkan lagi rasa mengantuknya. Anis menguatkan semangat. Dia cuba memberi sepenuh perhatian kepada penceramah yang sedang berucap di atas pentas. Sambil mendengar, dia menyalin mana-mana kata-kata penceramah yang dianggap penting itu dan sekejap sahaja rasa mengantuknya sudah hilang.
Tamat sahaja sesi ceramah, semua pelajar mengambil makan tengah hari yang telah disediakan. Hari ini sudah masuk hari kedua minggu orientasi tetapi Anis masih bersendirian. Semua perkara dilakukan secara seorang diri. Ada juga beberapa kenalan dari matrik dahulu namun kebanyakan mereka ialah rakan-rakan lelaki yang tidak terlalu rapat dengannya.
Anis bersila di bawah sepohon pokok yang berada tidak jauh dari tempat mengambil makanan. Tidak ramai yang makan di situ. Rata-rata memilih tempat di tepi kaki lima.
“Hai Anis. Boleh aku duduk sini?” Sapa Johanna yang tiba-tiba muncul. Di tangannya ada secawan air dan sebungkus nasi.
“Eh, duduklah,” balas Anis sambil tersenyum.
“Sorang aje ke?” soal Johanna lagi.
“A’ah.” Anis mengangguk-angguk sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Sekilas dia memandang wajah Johanna. Wajahnya tampak lesu dan tidak bermaya.
Tiba-tiba kedengaran Johanna mengeluh. “Penatnya... Dua hari macam dua tahun. Dahlah cuaca panas macam ni. Badan pun bau semacam. Lepas satu benda, satu benda kena rush. Tak sempat nak break langsung!” rungut Johanna sebaik sahaja nasi di mulut ditelan.
“Biasalah Johanna. Orientasi mana yang tak memenatkan? Kalau nak ikutkan penat, semua orang penat. Alah, tinggal berapa hari aje lagi. Sabar ajelah. Okey?” ucap Anis seakan-akan memujuk.
Johanna tersenyum memandangnya. Segan pula rasanya pada Anis. “Kau ambik course apa ek, Anis? Aku dah lupalah. Eh, boleh aku panggil Anis kan?”
Anis mengangguk lalu tersenyum. “Architecture. Kau kan?”
“A’ah..” Johanna mengangguk lalu tertawa. Tidak sangka Anis masih ingat akan jurusan yang diambilnya.
Sedang asyik mereka berbual tiba-tiba seorang senior perempuan melaung ke arah mereka meminta mereka segera ke masjid untuk solat Zohor.
Lekas-lekas Anis dan Johanna menghabiskan makanan mereka. Mereka sama-sama bergegas ke masjid. Selepas solat Zohor program bermula seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual tentatif. Anis dan Johanna kini bersama-sama. Masing-masing sudah mula kelihatan rapat antara satu sama lain.
Sehinggalah tamat minggu orientasi mereka, Anis dan Johanna menjadi semakin akrab. Begitu juga dengan Fairuz. Pada mulanya gadis itu kelihatan agak pendiam. Namun setelah semakin kenal antara satu sama lain, barulah sifat sebenarnya terserlah. Banyak mulut jugak orangnya.
Ryana pula jarang berada di dalam bilik. Lewat malam barulah nampak batang hidung. Itupun selepas balik terus tidur dengan baju yang tidak berganti. Apa-apa sahaja kegiatan gadis itu langsung tidak dihiraukan yang lain. Dia ada dunianya yang sendiri. Lagipun gadis itu agak sombong dan berlagak. Bercakap pun bukan main sinis. Macam dia bagus sangat!
No comments:
Post a Comment