Rindu Tercipta #15

“CARL!”
Panggilan Najwa tidak diendahkan. Hykal terus menapak laju ke tempat letak kereta. Sehinggalah gadis itu berlari lalu menghalang perjalannya.
Hykal mendengus kecil. “Apa lagi, Najwa?” soalnya dengan riak muka yang tidak senang.
Dilihat kedua-dua mata Najwa sudah berkaca saat itu. Namun entah kenapa tidak tersentuh barang sedikit pun hati Hykal melihatnya. Hatinya benar-benar sudah beku buat gadis itu.
“Carl, I missed you. I missed you so much...” ucap Najwa sayu. Ada getar pada suaranya. Sehingga kini, dia masih berharap agar Hykal memberi peluang kedua buatnya. Dia benar-benar tidak dapat melupakan Hykal. Segala yang telah dilakukannya begitu dikesali.
Selama mereka berpisah, dia tidak pernah jemu mengejar pemuda itu. Hanya untuk sebuah kemaafan. Namun hati Hykal seperti keras benar menerima kata maaf darinya, jauh sekali ingin kembali kepadanya.
“Dahlah Najwa. I tak mahu dengar apa-apa lagi. Cukuplah. Kita dah tak ada apa-apa lagi. Everything has finished!” tegas Hykal sudah malas hendak memberi kata-kata lain lagi. Dahulu memang separuh mati dia mencintai gadis itu dan kini segala-galanya sudah hilang. Rasa itu bertukar menjadi rasa muak yang teramat.
“Carl, give me another one more chance please. I betul-betul sayangkan you, Karl. You boleh hukum I dengan apa aje yang you suka tapi tolong jangan biar I sorang-sorang macam ni. I can’t face anything without you.”
“Hei, itu you punya pasallah. Cukuplah satu peluang I bagi. Pendirian I cuma satu, once have been betrayed, there will be no more another chance. You go on lah dengan siapa-siapa yang you suka. Urusan you dah takde kena-mengena dengan I. Okey?” ujar Hykal sinis lantas beredar meninggalkan Najwa.
Najwa kaku di situ. Air matanya semakin deras mengalir. Telinganya hanya menangkap deruman enjin kereta Hykal meninggalkan kawasan tersebut. Dia hampir terjelepok di situ. Baru dia tahu begitu besar nilai sebuah kepercayaan yang diberi kepadanya suatu ketika dahulu. Apa gunanya sesal waktu begini? Segalanya sudah terlambat.

PINTU biliknya diketuk dari luar. Wajah Qistina muncul tatkala daun pintu dikuak.
“Hai, rajin membaca? Buku apa ni?” soal Qistina sambil menilik judul buku yang sedang dibaca oleh Anis itu.
“Buku teks abang. Dia kasi pinjam semalam,” beritahu Anis sambil memusing posisi tubuhnya menghadap Qistina. Buku itu ditutup.
“Qistina tersenyum mengulum. “Sejak kebelakangan ni, Qis tengok korang rapat aje. Ada apa-apa ke?”
Anis mengerutkan dahinya. Pura-pura tidak mengerti. “Ada apa-apa apa pulak ni?”
“Eleh.. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu lagi mahu tanya. Maksud Qis, Anis dengan abang tu. Sekarang selalu aje nampak korang bersembang berdua. Mana tahu senyap-senyap ada simpan rahsia ke?”
“Ish! Merepeklah Qis ni. Mana ada apa-apa. Anis selalu borak dengan abang pasal study aje. Tanya benda-benda yang berkaitan dengan art. Tu aje. Fikir bukan-bukanlah dia ni.”
Qistina mencebik. “Kalau ada pun, apa salahnya? Masing-masing single kan?” usik Qistina lagi.
Anis masih dengan wajah selambanya. Benar tiada yang lain yang selalu dibualkan selain hal-hal yang berkaitan seni bina dan seni lukis. Kalau ada pun sekadar kisah-kisah ahli keluarganya yang lain. Hal-hal peribadi tidak pernah diceritakan oleh Hykal kepadanya.
Lagipun, masakan Hykal menyimpan sebarang perasan terhadapnya. Dia dilayan sama seperti adik kandung sendiri dan dia selesa menghormati lelaki itu sebagai seorang abang.
“Dah sudah... Ni keputusan UPU keluar lusa kan?” soal Anis meminta kepastian.
“A’ah... Ish, takut jugak ni.”
“Kalau tak dapat apa yang kita nak tu, boleh tukar ke?”
“Boleh kot. Convert course. Tengok certain U jugak. Tapi Qis rasa boleh. Alah, jangan risaulah. Kita doa aje. Dapat tak dapat belakang kira. Yang penting masuk dulu U and then baru boleh buat benda lain.”
Anis mengangguk-angguk perlahan. Tiba-tiba perasaannya jadi terharu. Jika tidak kerana Qistina dan keluarganya, belum tentu dia dapat melanjutkan pelajaran seperti sekarang. Sudah terlalu banyak budi yang ditabur oleh mereka sekeluarga.
“Haa, mengelamun!” sergah Qistina membuatkan Anis sedikit tersentak.
“Takdelah... Cuma terfikirkan keadaan saya sekarang. Awak sekeluarga dah banyak berbudi dengan saya, Qis. Tak terbalas rasa semuanya,” luah Anis sayu sambil memandang wajah Qistina.
“Tak mintak pun dibalas, Anis. Semua ni hikmah. Apa-apa pun, kita dah jadi keluaga sekarang. Susah senang, kita sama-sama. Allright?” Qistina menjungkit keningnya sambil tersenyum lebar.

KEPUTUSAN UPU sudah diaktifkan mulai hari ini.  Anis dan Qistina sama-sama gelisah pada malam sebelumnya. Masing-masing runsing memikirkan keputusan yang bakal disemak keesokan hari.
Awal-awal pagi lagi mereka telah bangun semata-mata untuk memeriksa keputusan melalui online. Kebiasaanya line internet akan menjadi sibuk dan sukar dicapai pada hari pertama pengumuman. Sebaik sahaja memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor PIN, butang semak diklik. Serentak satu paparan pernyataan permohonan tertera di skrin.
Qistina melonjak gembira, Dia berjaya ditawarkan dalam bidang Kejuruteran Awam di UTM, Skudai. Pilihan itu merupakan pilihan pertamanya.
Kini giliran Anis pula sedang memasukkan butiran dirinya untuk menyemak keputusan. Sesaat kemudian keputusannya terpapar di skrin komputer. Anis juga berjaya mendapatkan jurusan yang diinginkan selama ini. Bezanya dia ditawarkan di UiTM, Shah Alam dalam jurusan seni bina.
Berita gembira itu disampaikan kepada Zarina dan Azizul ketika mereka semua berkumpul makan pada malam itu.
“Tapi ma, tarikh pendaftaran Anis dengan Qis sama. 1 Julai ni. Macam mana?” beritahu Qistina. Dia mulai risau memikirkan soal itu sedari tadi.
“Alah, bukannya susah. Biar papa hantar Qis, mama hantar Anis. Johor tu bukan jauh mana pun,” ujar Azizul mengenai rancangannya.
“Tak apa... Karl boleh tolong hantarkan Anis, papa. Lagipun Karl cuti 1 Julai ni. Mama dengan papa pergilah ke Johor hantar Qis. Johor tu lagi jauh nak dibandingkan dengan Shah Alam. Nanti kalau apa-apa kan senang kalau mama dengan papa ada kat sana?” Hykal bersuara mengeluarkan pendapatnya.
 “Anis tak kisahkan ke kalau abang hantar?” soal Zarina meminta kepastian. Manalah tahu jika Anis tidak selesa nanti.
“Tak kisah, mama. Betul jugak cakap abang tu. Johor tu lagi jauh. Anis kat Shah Alam, aje. Apa-apahal takdelah susah sangat. Lain-lain hari boleh uruskan. Mama dengan papa hantarlah Qis,” ucap Anis. Dia memang tidak kisang dalam sebarang hal berkaitan itu.
 “Kalau Anis tak kisah apalah. Nanti biar abang Karl yang uruskan registration, Anis. Kalau ada apa-apa, Anis call aje mama dengan papa ya?” pesan Azizul sambil memandang tepat ke wajah Anis.
Anis mengangguk sambil tersenyum. “Fair and square!”
Semua yang berada di situ tertawa.








No comments: