PETANG itu selepas solat Zohor, Qistina mengajak Anis ke One Utama. Bosan menghabiskan waktu di rumah. Lagipun esok mereka akan pulang ke matrik masing-masing. Sebaik sahaja mendapat keizinan Azizul untuk menggunakan kereta, mereka terus bersiap-siap untuk pergi. Sehingga menginjak Maghrib, mereka menghabiskan waktu di situ.
Sudah penuh barang di tangan Qistina. Gadis itu memang kaki shopping. Kasut, jeans, baju.. Pendek kata, apa sahaja yang dilihat cantik di matanya semua dibeli.
“Anis! Kak Wawa lah!” jerit Qistina tiba-tiba sambil menghentikan langkahnya di sebuah kedai di situ.
“Mana?” Mata Anis melilau-lilau ke serata tempat.
“Itu...” Qistina menuding jarinya ke satu arah.
Serentak Anis melarikan pandangannya ke arah yang ditunjukkan. Alangkah terkejutnya dia tatkala melihat Najwa bersama seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah kedai kasut di situ. Gelagat mereka kelihatan begitu mesra.
Qistina dan Anis berpandangan. Mereka bergerak ke tempat yang lebih dekat. Bagai hendak terbeliak mata Qistina dan Anis tatkala melihat Najwa memaut pinggang lelaki itu sambil ketawa terkekeh-kekeh. Hee! Gediknya!
“Siapa laki tu, Qis?” soal Anis.
“Entah... Nak kata abang, dia tak ada abang. Kalau abang pun takkanlah macam tu. Lagipun muka tak sama. Macam Arab aje,” komen Qistina sambil matanya terus memerhati gerak geri Najwa.
“Takkan Kak Wawa ada skandal dengan laki lain kot?”
Spontan Qistina berpaling memandang Anis. Terkulat-kulat mata Anis.
“Yes! Comfirm Mamat tu skandal dia! Kurang ajar punya perempuan. Berani dia main-mainkan abang!” marah Qistina mula geram. Ikutkan hati mahu sahaja diserang kedua-duanya. Biar Najwa terkejut beruk di situ.
“Hee! Ikutkan hati ni mahu aku tenyeh-tenyeh muka dia tu! Geramnya!” gumam Qistina sambil matanya masih belum berkalih dari memerhatikan gelagat Najwa dan lelaki yang tidak dikenali itu.
“Dahlah Qis. Kita balik dulu ya?” ajak Anis seraya menarik tangan Qistina. Bimbang juga jika Qistina bertindak luar kawalan lalu menyerang Najwa dan pemuda itu. Tindak-tanduknya bukan boleh diduga.
TIDAK sampai 24 jam, hal tersebut telah sampai ke telinga Zarina. Reaksi Zarina sudah dijangka. Wanita itu benar-benar terkejut mendengar cerita dari Qistina.
“Nak beritahu abang ke pasal ni, mama?” soal Qistina meminta pandangan Zarina.
“Jangan lagi. Kita tunggu dulu. Lagipun abang tu dah sayang sangat kat Kak Wawa tu. Mama takut dia tak percaya pulak nanti. Mama tak nak Qis bergaduh dengan abang. Kalau betul Kak Wawa ada lelaki lain selain abang, lambat laun abang akan tahu jugak,” ucap Zarina. Dia mengeluh kecil. Hatinya jadi geram tatkala mengenangkan Najwa. Memang dari dulu gadis itu sudah tidak kena di matanya. Namun kerana dia menjadi kesayangan Hykal, hendak tidak hendak terpaksa juga dia menerima Najwa.
“Qis dah agak dah, Kak Wawa tu memang spesis macam tu. Tengok muka dah tahu!” gumam Qistina dengan rasa benci terhadap teman wanita abangnya itu.
Anis yang berada di situ hanya diam. Dia tidak mahu ikut campur. Lagipun soal Hykal tidak ada kena-mengena dengannya. Namun jauh di sudut hati dia simpati dengan Hykal. Lelaki itu terlalu cintakan Najwa!
TELEFON bimbit di tangannya direnung sejenak. Mindanya sedang ligat berfikir. Sebentar tadi baru sahaja dia menamatkan panggilan bersama Najwa. Dia bercadang ingin mengajak gadis itu makan malam di luar. Lagipun suda lama mereka tidak meluangkan waktu bersama seperti itu. Namun sebaik sahaja menyuarakan cadangan itu, Najwa mencipta pelbagai alasan.
Hati Hykal dilanda rasa aneh. Entah kenapa penolakan Najwa kali ini dirasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Ditambah lagi dengan kelakuan Najwa yang sejak kebelakangan ini sedikit pelik. Apabila dihubungi telefonnya kerap kali ditutup. Bila ditanya, ada saja alasan yang diberi. Dahulu, dia tidak begitu.
Ah... Hykal mengalihkan tumpuan pada lukisan separuh siap yang diletakkan di atas meja kerjanya. Dia sudah malas hendak memikirkan soal Najwa. Biarpun jauh di sudut hati, rasa resah sedang bermukim.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja perasaannya terasa sunyi. Najwa dan Anis sudah pun pulang ke tempat belajar masing-masing. Azizul dan Zarina masih belum pulang dari tempat kerja.
Satu keluhan terlepas dari mulut Hykal. Dia paling benci meladeni perasaan sebegini. Lantas berus lukisan dicapai. Dia mula melakar sesuatu pada lukisan yang belum siap itu. Jiwanya tenang seketika.
MUNGKIN ALLAH itu mahu menunjukkannya satu kebenaran yang tidak diketahui selama ini. Entah kenapa hatinya tergerak untuk ke KLCC petang itu. Niatnya
hanya untuk singgap di taman memerhati gelagat orang ramai.
hanya untuk singgap di taman memerhati gelagat orang ramai.
Tiba di pintu menuju ke taman, pandangannya terarah pada seraut wajah yang cukup dikenali sedang menuju masuk ke bangunan menara berkembar itu.
Hykal tergamam seketika dan ekspresi yang sama juga terbias pada wajah gadis itu tatkala pandangannya bersabung dengan pandangan Hykal.
Najwa tersentak. Pantas dia meleraikan pautan tangannya pada pinggang pemuda di sebelahnya. Serasa hendak terkeluar jantungnya saat itu.
Hykal kelihatan tenang. Namun di hati hanya TUHAN sahaja yang tahu. Dia menghampiri Najwa. Gadis itu sudah tidak betah merenung ke arahnya.
“Najwa, what are you doing here?” soal Hykal dengan wajah yang cukup serius. Sekilas dia memandang wajah lelaki di sisi Najwa. Wajahnya persis orang Arab. Kulitnya putih kemerah-merahan.
Lelaki tinggi lampai itu memerhatinya dengan pandangan yang kurang menyenangkan.
“Karl, I need to explain this. You got to give me the chance,” ucap Najwa berserta rasa gementar yang teramat. Tangan Hykal dicapai namun lelaki itu menepis.
“Okay... So now I dah faham kenapa recently susah sangat nak ajak you keluar. Fine... I just got the explanation!” ujar Hykal dengan nada sinis. Tanpa mahu menunggu lagi, dia terus mengangkat kaki ingin beredar.
“Karl tunggu!” Tangan Hykal ditarik.
“Najwa, who is this?” Dalam masa yang sama pemuda itu mengekorinya. Kali ini tiga pasang mata bersabung antara satu sama lain.
“Syafiq, this is...” Najwa cuba bersuara biarpun saat itu dia sudah kehilangan kata-kata. Namun pantas Hykal memotong.
“This is what? Najwa, stop fooling around. You tak sesuai jadi great liar. You’ve failed. Enjoy your time here. It’s all over!” tutur Hykal keras lantas terus menuruni eskalator. Dia tidak mahu berpaling lagi. Perasaannya sudah hancur, luluh. Bagai dikisar-kisar!
Najwa terpempan di situ. Tidak semena-mena air matanya mengalir. Rasa sesal sudah tidak berguna lagi.
“HYKAL...”
Panggilan Zarina dari ruang tamu tidak dihiraukan. Hykal terus memanjat anak tangga menuju ke biliknya.
Zarina dan Azizul berpandangan.
“Apa hal tu?” soal Azizul sambil membelek majalah Laman Impiana di tangan.
“Tak tahu. Kejaplah. Biar Za pergi tengok.” Zarina bangkit meninggalkan ruang tamu.
Sampai di depan bilik Hykal, tombol pintu dipulas. Dilihat Hykal sedang berbaring di atas katil sambil menyilangkan tangan ke dahi. Anak matanya terpejam rapat.
“Karl...” panggil Zarina perlahan sambil menghampiri anak mudanya itu.
Hykal tersedar. Lantas perlahan-lahan dia bangkit lantas bersandar di kepala katil. Wajahnya tampak sugul.
Zarina melabuhkan punggung di sisi anak lelakinya. Wajah Hykal diperhati. Air wajah Hykal kelihatan keruh.
“Karl kenapa ni? Karl ada masalah ya?” soal Zarina lembut. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang sedang melanda perasaan anak sulungnya itu. Jika tidak, masakan Hykal tidak mengendahkan panggilannya sebentar tadi.
“Tak ada apa-apa, mama. Penat aje,” balas Hykal sambil mengurut-urut tengkuknya.
“Jangan tipu mama. Mama tahu Karl ada masalah ni. Cuba bagitahu mama,” pujuk Zarina sambil menepuk lembut paha Hykal. Tidak tenang hatinya seandainya Hykal terus membisu. Selama ini jarang sekali Hykal berkelakuan begitu.
Hykal mengeluh perlahan. Agak lama dia membisu. Kepalanya tertunduk ke bawah. Perasaannya sudah hancur dan remuk saat itu. Jiwa lelakinya hampir menangis. Tidak sangka Najwa tegar mengkhianati cintanya setelah sekian lama dia menyemai kasihnya buat gadis itu.
Wajah Zarina ditenung. Ibunya itu masih setia menanti sebarang kata darinya. Perlukah dia memberitahu Zarina tentang segala yang telah berlaku?
“Karl, kenapa ni? Mama tak pernah tengok Karl macam ni? You seemed have been bothered by something. What is it? Tell me...”
“Mama, Karl dengan Najwa dah takde apa-apa...” beritahu Hykal tanpa berfikir panjang lagi.
Zarina tercengang. Dia hampir kehilangan kata. Terus sahaja cerita yang pernah disampaikan oleh Anis dan Qistina beberapa minggu lalu terngiang-ngiang di telinga. Barangkali sebab itulah hubungan mereka putus.
Hykal meraup wajahnya. “Tadi Karl jumpa dia dengan lelaki lain kat KLCC. Baru Karl tahu selama ni apa yang dia buat belakang Karl. Entahlah mama... Rasa macam tak guna selama ni sayang dia. Everything that I has given to her was just rubbish.”
“Karl betul-betul pasti ke Najwa ada apa-apa dengan lelaki tu?” soal Zarina sekadar inginkan kepastian. Sedangkan dia sudah tahu akan perkara yang sebenar melalui cerita dari Qistina.
Hykal terdiam. Fikirannya seakan melayang saat itu. Terbayang gelagat mesra Najwa bersama lelaki yang tidak dikenali itu. Perasaannya seakan terjerut.
“Mama tahu Karl sayang sangat kat Najwa tapi Karl dengar sini mama nak cakap...” Bahu Hykal dipegang. “TUHAN tu nak tunjuk pada Karl yang Najwa bukan yang sesuai untuk Karl. She’s not honest. Even lama mana pun kamu berdua in love tapi bila salah seorang tu dah tak jujur dalam relation tu, itulah penutupnya. Semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Mama tahu benda ni makan masa untuk Karl terima,” tutur Zarina panjang lebar. Namun dia masih tidak mahu memberitahu hal yang pernah diceritakan oleh Qistina dahulu. Dia tidak mahu menambah lagi luka yang sudah terbenam dalam hati Hykal.
Hykal mengangguk perlahan. Seakan mimpi hubungannya dengan Najwa sudah berakhir. Dia pasrah.
No comments:
Post a Comment