Sekebun Bunga Cinta #10

HARU rasanya hidup ini melayan kerenah Faziela. Hai, nasib baik kau kakak aku. Kalau tak, tak ingin aku buat benda mengarut macam ni!
 Berlakon menjadi teman lelaki kepada Faziela sememangnya begitu mencabar kemampuannya. Bukan calang-calang orang yang ada di hadapannya itu. Pemuda itu ialah seorang pensyarah yang bergelar doktor. Kalau nak dibandingkan dengannya, belajar ijazah pun belum habis.
Segala kemahiran dan kepandaian digunakan untuk membuatkan pemuda itu benar-benar percaya yang mereka berdua ialah pasangan kekasih.
Betapa sukarnya dia mengatur setiap patah kata yang sudah dipraktis sejak dari semalam. Namun, mujurlah pemuda itu akhirnya mengalah. Betapa riak kecewa itu jelas terlukis di wajahnya.
Sepanjang ‘lakonan’ sebentar tadi, kerap jugak Faziela menyepak kakinya. Mana tidaknya, dia disuruh berpura-pura menjadi seorang pemuda yang berkerjaya, bijak bermain kata-kata dan beretika sepenuhnya dengan setiap cara. Tiba-tiba sahaja percakapan ala-ala gilanya terkeluar. Apa lagi, tak terkira penyepak dari Faziela mengena betisnya.
“Thank you so much, Ris. Ni yang buat Kak Fazie sayang sangat kat Ris ni!” ucap Faziela ketika mereka berada di dalam kereta. Bahu Faris ditepuk-tepuk.
“Amacam? Bagus tak mutu lakonan Ris? Ada gaya seorang ahli korporat tak?”
Faziela ketawa lepas. “Nasib baik kau tak merapu pasal undang-undang depan dia tadi. Kalau tak, memang rosak terus plan Kak Fazie. Hmm, tapi pandai jugak kau ni berlakon ek? Tak sangka jugak Kak Fazie...”
“Kak Fazie... Ni Faris Roslanlah. Setakat berlakon cincai buncai macam tu, tak payah nak praktis-praktis dialog pun tak apa,” ujar Faris mendabik dada. Wajahnya beriak bangga.
“Bagus. Nampak sangatlah otak kau ni memang otak menipu kan? Entah-entah selama ni dah bertong-tong kau menipu aku kan? Tapi tak apa. Yang penting sekarang semua dah settle. Jom, Kak Fazie belanja Ris makan, nak?”
“Tak ada masalah. Nak makan kat mana? Mamak okey?”
“Boleh! Pilihan bijak... Selamat bajet aku!” ucap Faziela menadah tangannya lalu meraup ke muka.
Faris mencebik. Terus memandu kereta membelah jalan raya sehinggalah keretanya berhenti betul-betul di hadapan sebuah restoran Mamak BRJ yang terletak di daerah Cheras.
Sudah lama mereka dia keluar makan bersama seperti itu. Sejak Faziela berkerjaya, Faris semakin jarang mengambil tahu mengenai perihal kakaknya itu. Malam itu meriah pula masing-masing bercerita mengenai hal sendiri.
“Dah lama ke Kak Fazie kenal lelaki tu?” soal Faris sebaik sahaja menyedut teh ais kegemarannya sehingga kering.
“Tak adalah lama sangat...” Faziela membalas acuh tidak acuh. Sebetulnya dia tidak berminat bercerita mengenai lelaki itu lagi. Cukuplah selama ini dia melayan kerenah pemuda itu yang cukup merimaskan.
“Tapi Ris rasa macam kesianlah pulak tengok dia tadi. Nampak sangat dia betul-betul serius dengan Kak Fazie.”
“Ah, kau tu... time ni pulak kau nak selam-selam perasaan orang. Yang kau tu selama ni tinggal-tinggalkan anak orang tu apa cerita?” bidas Faziela lancar.
Faris hanya mencebik. “Itu lain Kak Fazie...”
“Kak Fazie bukannya apa Ris. Dari dia terus ganggu Kak Fazie, lebih baik Kak Fazie buat something. Sometimes, Kak Fazie nak pergi kerja pun malas bila fikirkan dia. This is not about I’m kinda choosy or picky, Ris.. Kita tak boleh paksa diri kita untuk suka kat orang tu. Yalah, nanti kita nak hidup dengan dia jugak. Nak kena hadap muka dia hari-hari. Ikutkan, Kak Fazie pun tak sampai hati nak tipu dia but I have to...” jelas Faziela panjang lebar.
“Macam mana nanti kalau dia dapat tahu Ris ni adik Kak Fazie?”
Faziela menggeleng-geleng. Mee Goreng Mamak yang masih bersisa disua ke mulut. “Dia takkan tahu... don’t worry... Kak Fazie tahulah nak simpan rahsia ni. Lagipun Kak Fazie tahu setakat mana effort dia tu. You’ve done your level best just now and I don’t think he’ll get suspicious about you.”
Faris mengeluh. Tidak bersuara apa-apa lagi. Entah kenapa segala peristiwa yang berlaku tadi mengheret mindanya untuk berfikir akan sesuatu. Segala pesanan lelaki itu terhadapnya seakan-akan terngiang-ngiang di telinga.
Betapa hancurnya perasaan pemuda itu menerima kenyataan Faziela sudah mempunyai seseorang yang dicintai. Jauh di sudut hati dia berasa bersalah terhadap lelaki itu.
Sekilas dia memandang wajah Faziela yang tampak ceria. Mengapa pula aku yang berperasaan begini sedangkan Faziela kelihatan baik-baik sahaja? Mengapa rasa itu semakin menunjal-nunjal sukmanya dan dalam diam dia menyalahi Faziela.
“Kenapa Ris?” soal Faziela mengesan riak wajah Faris yang tiba-tiba berubah.
“Tak ada apa-apa...” balas Faris bersahaja menyembunyikan perasan yang dirasa.
“Kau tak payahlah risau. Apa-apa nanti biar Kak Fazie yang tanggung,” ujar Faziela seakan-akan dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran adiknya itu.
Faris mengeluh. Sesaat dua fikirannya seakan melayang. Namun beberapa saat kemudian dia membuka mulut.
 “Macam mana agaknya perasaan bila kita betul-betul sukakan seseorang?” Tiba-tiba sahaja soalan itu terluncur keluar dari mulut Faris. 
Faziela tersenyum penuh makna. Pinggan yang sudah kosong dialihkan ke tepi. Bebola matanya terarah tepat ke muka Faris.
“Susah nak cakap. Rasa tu best sangat sampai tak boleh nak ungkap dengan ayat. When it draws closer to you, then you will see. Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal ni?” tanya Faziela sedikit hairan.
Faris sekadar menggeleng. Seakan ada yang tidak kena dengan perasaannya kala ini.
“Don’t tell me you’ve fell in love with someone...” ucap Faziela memandang ragu ke arah adiknya.
“Ah, mengarut! Tak ada kena mengena dengan Rislah. Saja nak tanya...” balas Faris kelihatan sedikit gelabah. Malu pula rasanya menyoal soalan itu kepada Faziela.
Faziela tertawa kecil. Lucu melihat wajah Faris yang tampak tidak keruan itu.
“Sebenarnya, lepas Abang Ilham pergi, hati Kak Fazie masih belum terbuka untuk terima siapa-siapa lagi, Ris.” Suara Faziela berubah sayu.
Faris terdiam. Sedikit tersentak mendengar Faziela menyebut nama itu. Setelah sekian lama nama itu tidak kedengaran dari bibir Faziela. Dahulu, nama itulah yang kerap kali kedengaran dari mulut kakaknya itu. Betapa bahagianya Faziela setiap kali menceritakan perihal Ilham.
Namun, jodoh antara mereka tidak kesampaian tatkala Ilham terbabit dalam nahas jalan raya dua tahun yang lalu. Selepas peristiwa itu, kehidupan Faziela mula berubah. Hairannya, kakaknya itu tidak pernah dilihat bersedih. Pada hari kematian sahaja dia menangis semahu-mahunya namun selepas beberapa hari segalanya kembali kepada asal.
Sesiapa pun di rumah itu tidak ada yang berani bertanya. Baik Datuk Roslan mahupun Datin Syahifah sekalipun. Sehinggalah malam ini baru Faziela meluahkan semua itu kepadanya.
“He was everything to me. He was my fisrt love. Banyak benda Kak Fazie lalu dengan dia. Tapi nak buat macam mana, TUHAN lebih sayangkan dia...” luah Faziela tenang. Tidak terlihat langsung genangan air mata di mata kakaknya itu.
“Kak Fazie tak sedih ke?”
Faziela tergelak. “Soalan jenis apa tu?”
Faris terpinga-pinga.
“Bohonglah kalau Kak Fazie cakap Kak Fazie tak sedih, Ris. Tapi tak guna tunjuk rasa tu depan semua. Yang pergi tetap pergi. Kak Fazie redha...”
Semudah itukah? Sungguh Faris terpana mendengar kata-kata Faziela. Tidak menyangka setabah itu hati Faziela melalui semua itu.
“Selama dia hidup pun, Kak Fazie tak pernah sakitkan hati dia. So, tak adalah terkilan sangat sebab Kak Fazie tak pernah buat dia sedih. Cuma, sampai sekarang Kak Fazie masih tak boleh lupakan dia.”
Faris mendengar dengan penuh tumpuan. Sedikit sebanyak hatinya terusik.
“By the way, back to your question just now... kenapa tiba-tiba nak tahu pasal tu? Agak pelik jugaklah bila soalan macam tu keluar dari mulut kau? Yalah, kau kan perangai lain pada orang? Kak Fazie pun tak faham kau ni. Apalah yang kau kejar sangat kat perempuan-perempuan kat luar tu?” Faziela menggeleng-gelengkan kepalanya.
Faris sekadar tersenyum nipis. “Alah, saja nak tanya. Tak ada apa-apalah.”
Ruang antara mereka sepi seketika.
“Bila kita sayangkan seseorang, apa-apa aje tentang dia, even kelemahan dia sekalipun kita takkan nampak. Tapi perasaan suka dengan cinta tu tak sama. So, don’t get confused between these two. Love and like are different things. Like is about through your eyes and love is about through your ears.”
Faris mengerutkan dahi tanda kurang mengerti. Namun Faziela kembali menyambung kata.
“Suka tu macam, kita suka tengok muka dia, kita suka suara dia and anything about her physical appearance. But love, the feeling is much more deeper. It’s when you feel you wish to own everything about her. You adore her so much not only because of she’s beautiful but including her behaviours and ways. Sometimes you don’t care about her physicals at all. It doesn’t mean she must be a pretty one.
The feeling comes instinctively, no need to see through eyes but it’s just enough to hear something from her... her stories, her problems, happiness and even her sadness. Anything that has been listened through you ears will gradually generate something in your heart. Then, you might be able to interpret...”
Faris terlongo seketika. “Wow! You’re such a great expounder of love. Unexpected!”
“Apa? Kau ingat lecturer laws tak boleh berjiwang?”
Serentak tawa mereka meletus.

3 comments:

Anonymous said...

good day lznovel.blogspot.com owner found your site via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found website which offer to dramatically increase traffic to your blog http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer most cost effective backlink service Take care. Jason

aria hanna said...

dah bertahun (ok, hiperbola..) cari novel Sekebun bunga cinta tapi tak jumpa punnn...

help..

LZ's Novel said...

U can hit tis link http://belinoveliyanazahim.blogspot.com/
beli terus melalui sy.. :)
TQ