JESSICA mengetap bibirnya geram. Membara rasa hati dan jiwanya melihat kemesraan Faris dengan gadis di sebelahnya itu. Siap berpeluk-peluk pinggang lagi.
Sejak dari tadi dia mengintip gelagat Faris di sebalik tiang itu. Rasa marah dan sakit hati bercampur baur menjadi satu. Berani sungguh Faris mempermainkannya. Patutlah sejak kebelakangan ini Faris jarang menghubunginya. Jika diajak keluar, pasti ada sahaja alasan yang diberikan oleh pemuda itu. Rupa-rupanya dalam diam lelaki itu berfoya-foya dengan perempuan lain.
Langkah Faris terus diekori. Ikutkan hati mahu sahaja diterkam kedua-duanya namun dia tidak mahu bertindak melulu. Lagipun, orang ramai sedang memenuhi setiap ruang di pusat membeli-belah The Mines itu.
Langkah mereka terhenti. Gadis itu melangkah masuk menghala ke tandas. Hanya Faris yang menanti di luar. Ya, inilah masanya! Sebaik sahaja kelibat gadis itu hilang dari pandangan, Jessica menghampiri Faris. Seperti yang sudah dijangka, kehadirannya benar-benar mengejutkan pemuda itu.
“Jessy, you buat apa kat sini?” Jelas ada getar pada nada suara Faris. Pandangannya dilarikan seketika ke arah lorong yang menghala ke tandas. Bimbang kelibat Iloura muncul dari situ.
Jessica tersenyum sinis. “You buat apa kat sini?” soal Jessica ingin menduga lelaki itu.
“I... I... tak ada buat apa. Saja jalan-jalan.” Faris semakin tidak betah berdiri di situ. Kalaulah Iloura muncul, mahu masak aku!
“Oh, sorang aje?”
“Ha’ah... sorang ajelah. You ada nampak I dengan siapa-siapa ke sekarang?” Faris berlagak selamba. “Okeylah, I kena balik ni. Nanti apa-apa hal I call you ya?” lekas-lekas Faris beredar. Sebelum apa-apa baik aku cabut!
“Faris, wait!” Jessica terus mengekori pemuda itu.
“Sorry, Jessy. I need to rush. We talk later.”
“Faris, are you trying to run away from me? You ingat I buta ke? You ingat I tak nampak apa yang you buat tadi? Who is that girl huh?!”
Serta-merta langkah Faris terhenti. Dia tergamam.
“You’re such a big liar!” tengking Jessica tidak mampu lagi menahan rasa.
Tiba-tiba lengannya ditarik Faris sehingga memasuki kawasan lif. Tempat itu agak terselindung dari pandangan orang ramai.
“Are you going behind me?” Faris memandang Jessica ragu.
“This is not about going behind. Yang penting sekarang I dah tahu yang selama ni I dah kena tipu hidup-hidup dengan you!” ujar Jessica lantas menunjal jarinya ke dada Faris.
“So, you nak buat apa?” soal Faris sinis.
Jessica bengang. Geram dengan ekspresi wajah Faris yang langsung tiada riak bersalah.
“I tak sangka you sanggup buat I macam ni!”
Faris ketawa sinis. “Listen up here, Jessy. I tak pernah janji apa-apa dengan you selama kita kenal. Kalau you dah salah anggap pada hubungan kita, that is your problem.”
“Habis, selama ni yang you asyik cakap you sayang I, I love you tu apa?”
Faris tertawa sinis. “Anyone can say that, Jessy. You ingat I serius ke dengan semua benda tu? Come on lah... we’re still young to get involved in a serious relationship. It’s time to enjoy, babe! Takkan you tak faham cara hidup sekarang kot?” Pipi tirus Jessicca ditepuk-tepuk perlahan.
Jessica terpana dengan kata-kata Faris. Dia benar-benar terpempan dengan kenyataan yang terluncur keluar dari bibir lelaki itu. Hati dan perasaannya bagai dirobek-robek saat itu. Sangkanya selama ini, dialah ratu dihati Faris.
Apa tidaknya, saban waktu Faris menitip kata sayang dan cinta terhadapnya. Namun rupa-rupanya, segala-galanya hanya palsu dan plastik semata-mata.
“Jadi selama ni you kelek I ke sana ke sini semata-mata untuk enjoylah?”
“Exactly!” Pantas Faris menjawab. “You tahu tak, selama ni I dah cukup muak dengan perangai you? You ingat you tu siapa? Hah... perempuan semuanya sama dan you, tak ada bezanya dengan perempuan-perempuan lain yang I pernah kenal! You sebenarnya nak duit I aje kan?”
Sungguh Jessica benar-benar berasa terhina dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Faris. Terasa nilai dirinya begitu rendah di mata lelaki itu.
“You’re such a jerk! You shit! I hate you! I hate you! Devil! Go to hell!” Jessica tidak mampu mengawal perasaannya lagi. Dada pemuda itu dipukul-pukul. Namun Faris menepis. Tubuh gadis itu ditolak darinya.
“Mulai hari ni antara kita dah tak ada apa-apa! You just keep on with your life. Jangan cari I lagi. It’s all over Jessica!” ucap Faris lantas beredar.
“Pergi jahanamlah kau!” jerit Jessica sekuat hati. Namun Faris terus melangkah meninggalkannya. Sekalipun langsung tidak berpaling.
WAKTU terluang sementara menanti kelas yang seterusnya dihabiskan di kafe bersama rakan-rakan. Bagi Faris, di kampus sahaja tempat meluangkan waktu sepenuhnya dengan mereka. Keluar sahaja dari kawasan kampus, dunianya dan dunia mereka seakan terpisah.
Perihal Jessica tempoh hari langsung tidak menganggu fikirannya. Malah mudah sahaja gadis itu dilupakan. Baginya, tidak perlu membazir waktu keluar dengan gadis seperti Jessica.
Apa yang hendak dihairankan. Bila-bila masa sahaja dia boleh mendapat yang lebih baik, yang lebih cantik dan barangkali yang lebih bijak.
Namun kebelakangan ini, sikap Iloura pula yang seringkali mencabar kesabarannya. Gadis itu lebih ‘serabai’ dari Jessica. Sudahlah suka bercerita hal yang pelik-pelik. Kononnya berpandangan unik dan berbeza dengan orang lain. Padahal, tak ada yang menakjubkan pun.
Puas bersembang kosong di kafe, mereka beredar ke kelas. Sebaik sahaja masuk ke dalam kelas, anak mata Faris spontan tertancap pada wajah Jasmyn yang sedang duduk di tempat duduk belakang. Sesaat dua pandangan mereka bersabung. Namun dia sekadar berlagak biasa.
Azril dan Nizam sudah berdehem-dehem di belakangnya. Ada jugak makan penampar budak dua orang ni! Gumamnya dalam hati.
Dia, Nizam dan Azril kemudian mengambil tempat di kerusi yang masih kosong sebaris dengan Jasmyn dan rakan-rakannya. Hee! Jelek aku tengok muka perempuan ni!
Beberapa minit kemudian kelibat Ikram muncul dari muka pintu. Seperti biasa pensyarah itu akan menyapa mereka mesra sebelum meneruskan sesi pembelajaran.
“Why you guys look very fatigued? Have you had your lunch?” soal Ikram kepada pelajar-pelajarnya.
Seperti biasa jawapan mereka kedengaran bercampur-campur. Semua ingin bersuara. Namun, majoriti memberi jawapan yang sama; tertekan dengan tugasan yang berlambak-lambak!
“All of you must to know that once you’ve become a student, assignments, projects and classes are the things which cannot be avoided. Hey, wake up. Your precious final is coming your way. Tinggal dua minggu lagi.” Ikram memberi kata-kata semangat. Sememangnya dia begitu mengambil berat akan pelajar-pelajarnya.
“Boringlah, sir. Macam tak ada life. Every week is just the similar. Keluar pun for assignment. Dalam kampus, lagilah...” keluh salah salah seorang dari mereka.
Ikram hanya tersenyum. Mengerti sepenuhnya tekanan yang dihadapi para pelajarnya. Dia juga pernah mengalami situasi yang sama seperti mereka.
“You have no option since you’ve chosen this major... but trust me, after you graduated, that time you will learn to appreciate campus life and believe me you guys will miss every single thing that used to be done with your friends here. Yeah... normally people will start to appreciate when they lose something right?”
Masing-masing terdiam. Namun, Ikram kembali bersuara.
“Sebenarnya saya ada satu cadangan untuk you all... but this is just my personal suggestion. Saya ingat after final exam ni saya nak ajak you all pergi camping.”
“Sounds interesting. Kat mana, sir?” Azril bersuara.
“Hmm, yang tu saya tak pasti lagi... tapi kalau ada siapa-siapa yang berminat nak join, you can give your name.”
Masing-masing berbisik sesama sendiri.
“Allright, we can trash out about this later... now, we need to start our class,” bicara Ikram dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
No comments:
Post a Comment