MALAM itu, Jasmyn bertandang ke rumah Zaihan untuk menyiapkan tugasan bersama-sama. Sahabatnya itu berseorangan di rumah kerana ibu dan bapanya bercuti di Teluk Batik. Jadi, Jasmyn mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Zaihan.
Mereka duduk di ruang tamu menyiapkan beberapa tugasan yang masih belum disiapkan.
“Heee! Leceh betul buat toilet detail ni,” rungut Zaihan tiba-tiba. Dahinya sudah berkerut-kerut menghadap lukisan tandas sebuah rumah banglo yang sedang dilukisnya.
“Tahu tak apa. Aku lagi rela buat roof detail dari buat toilet detail kot,” ujar Jasmyn mengerling sekilas lukisan yang sedang dikerjakan oleh Zaihan.
Suasana sepi seketika. Lima minit kemudian Zaihan bersuara.
“Wei, aku dengar kau bergaduh dengan Bujang Sudin petang tadi. Betul ke?”
“Hmm, Syahlah ni bagitahu...” Acuh tidak acuh Jasmyn membalas.
“Rugi betul aku tak ada tadikan? Kau bergaduh apa dengan mamat tu wei? Ceritalah sikit kat aku.” Tumpuan Zaihan beralih ke wajah Jasmyn.
“Malas aku nak cerita. Dah kau jangan nak mengada-ngada. Siapkan toilet detail kau tu cepat. Rabu ni dah kena hantar tahu?” Jasmyn mengubah tajuk.
Zaihan tertawa kecil. “Dari first year kot kau dengan dia macam anjing dengan kucing. Tak ada rasa nak bermaaf-maafan ke?” Zaihan masih tidak mahu menutup mulut.
“Tak ada maknanya...” Jasmyn mencebik.
Memang sejak dari dahulu lagi dia dan Faris tidak sebulu. Puncanya, kerana satu peristiwa yang berlaku ketika mereka berada di tahun pertama dahulu. Ketika itu semua pelajar tahun pertama Fakulti Alam Bina diminta menghadiri perjumpaan di dewan.
Suasana di dewan dipenuhi dengan para pelajar. Ketika hendak mendaftar nama di meja pendaftaran, entah macam mana beg Jasmyn tersangkut dicelah orang ramai. Ketika itu Natalia, Zaihan dan Qaisyah sedang menunggu di pintu dewan.
Namun, tarik punya tarik tidak sedar pula sikunya terkena pada tubuh seseorang yang berada di belakang. Jasmyn terpana seketika. Serentak dia berpusing. Dilihat wajah lelaki itu sudah berkerut menahan sakit. Perutnya ditekan.
“Woi! Tak nampak orang ke?!” Lelaki yang berpakaian ala-ala metroseksual itu bersuara.
“Mintak maaf, tak sengaja,” ucap Jasmyn mengakui silapnya.
“Kepala kaulah tak sengaja!” Maki lelaki itu dengan bahasa yang kasar.
Menyirap terus darah Jasmyn. “Wei, kau cakap baik-baik sikit boleh? Aku dah cakap aku tak sengaja kan! Tak ada pasallah aku nak siku kau suka-suka. Beg ni tersangkut, aku tarik lepas tu terkena kat kau.” Dalam marah Jasmyn menjelaskan perkara sebenar.
“Ada aku kisah ke?” Wajah lelaki dihadapannya itu cukup menyakitkan hati. Lantas dia terus beredar.
“Dah tu kau ingat aku kisah kalau kau kisah ke tak?!” jerit Jasmyn semula. Bengot-bengot mukanya memandang wajah lelaki itu. Harap muka aje... tapi perangai macam tenuk!
Mana tahu rupa-rupanya mereka kerap ditempatkan di kelas yang sama selepas kejadian itu. Semakin lama, semakin banyak konflik yang tercetus antara mereka.
Masing-masing tidak mahu mengalah. Setiap kali ada sahaja pertelingkahan yang akan tercetus tatkala kedua-duanya bersua muka.
Pernah dahulu mereka bergaduh di kompleks sukan. Benjol kepala Jasmyn terkena bola di tangan Faris. Huru-hara kompleks sukan itu dengan pekikan suara mereka. Bergaduh bukan setakat perang mulut malah lebih dari itu sehingga menggunakan kaki. Mujurlah ketika itu ramai yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Dek kerana peristiwa itu, Jasmyn nekad memaku tayar kereta pemuda itu sehingga berlubang besar. Jika difikir-fikirkan, lucu juga mengenangkan gelagat kedua-duanya. Namun sehingga kini ‘perang’ antara mereka masih tidak berkesudahan.
“Zaihan!”
Lamunan Zaihan bertebaran. Sergahan Jasmyn mengejutkannya.
“Kau kenapa?”
Zaihan menggeleng sambil tersenyum-senyum. Dia meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi.
“Ni mesti fikir benda-benda tak senonoh ni!” Jasmyn serkap jarang.
“Hei, mana ada! Main tuduh aje kau.”
“Manalah tahu. Kepala kau tu bukannya betul sangat. By the way, lupa pulak aku nak tanya kau. Hari tu kau pergi jumpa Sir Ikram kat bilik dia buat apa?”
“Datinglah!” Pantas Zaihan menjawab. Satu cubitan singgah dilengannya.
“Eh, eh gediknya kau...” Jasmyn mencebik mempamerkan reaksi meluah. Zaihan sudah terkekeh-kekeh ketawa.
“Tak adalah. Aku jumpa dia pasal kerjalah. Yang dia ajar dalam kelas hari tu aku tak paham sangat. So, apa salahnya jumpa dia personally kan?”
“Eleh... biasa kalau tak paham dalam kelas kau tak heran pun. Waktu dengan Sir Ikram, time tulah kau sibuk-sibuk nak jumpa,” sindir Jasmyn.
“Alah biarlah aku nak consult dia. Kau jeles kenapa?”
Serentak telinga Zaihan ditarik. “Lubang hidung kaulah aku nak jeles!”
Zaihan mengensot menghampiri Jasmyn. “Agak-agak, aku dengan Sir Ikram sepadan tak?” Zaihan menayang gigi.
“Eeee yerkk!!!” Pipi Zaihan ditolak.
KERETA yang dipandu Faris membelok masuk ke tempat letak kereta di KLCC itu. Kepalanya tertinjau-tinjau mencari petak yang masih kosong. Mujurlah ada sebuah kereta yang ingin keluar dari situ membolehkan dia memarkir keretanya.
Sekilas jam di dashboard dikerling. Sebentar lagi dia bakal bertemu dengan gadis terbaru dalam ‘senarai’nya. Hatinya benar-benar teruja. Lekas-lekas dia keluar dari perut kereta lantas menghayun langkah ke dalam bangunan.
Keluar dari lif, langkahnya terus diatur ke kawasan pentas yang dipenuhi dengan ramai jurukamera dan orang ramai. Dia berdiri di satu sudut yang agak jauh sambil memerhati.
Beberapa orang model sedang menggayakan pakaian masing-masing. Lensa kamera tidak henti-henti merakam gambar mereka. Seketika kemudian, muncul lagi sekumpulan model yang naik ke pentas memperagakan pakaian mereka.
Faris tersenyum sendirian tatkala anak matanya tertancap pada seraut wajah yang dikenali di situ. Bertambah berbunga rasanya di hati tatkala kehadirannya di situ disedari. Sesaat dunia senyuman mereka berbalasan antara satu sama lain.
Sebaik sahaja selesai memperagakan pakaian di atas pentas gadis itu menggamit Faris dari belakang pentas.
“Dah lama ke sampai?” tanya Iloura seraya melemparkan senyuman ke arah pemuda di hadapannya itu.
“Baru aje. Wow... you look gorgeous, Iloura. Very beautiful,” puji Faris sedikit terpegun melihat gadis tinggi lampai itu mengenakan dress ungu ala-ala kemban itu.
Iloura tertawa manja. “Really?”
Faris mengangguk-angguk. Tidak jemu rasanya menatap paras gadis di hadapannya itu.
Mana tahu gara-gara berebut tempat parkir kereta di Quality Hotel di Shah Alam tempoh hari membibitkan hubungan yang berterusan antara mereka.
Ketegasan Iloura berkata-kata membuatkan dia kehilangan kata-kata di situ. Akhirnya Faris terpaksa mengalah. Namun pertemuan kesekian kalinya di meja urus setia hotel memutikkan perkenalan mereka.
Ternyata tidaklah sesukar mana memikat hati Iloura. Tidak ada bezanya dengan gadis-gadis yang sebelumnya. Cuma barangkali, Iloura sedikit berdikari dan tegas. Apa sahaja katanya, tidak boleh disanggah-sanggah lagi. Macam dia sahaja yang betul.
“You ada apa-apa lagi ke lepas ni?” soal Faris.
Iloura berpaling ke belakang pentas melihat beberapa rakan-rakannya yang lain. “I don’t think so. Nak lunch ke?”
“Yes, dear. Dari pagi tadi I belum makan apa-apa lagi.”
“Oh, such a pity... Sekejap ya, I nak pergi tukar baju dulu. You tunggu kat sini tau?”
Faris hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum. Sementara menanti Iloura, anak matanya melilau ke arah model-model lain yang berada di belakang pentas. Sesekali pandangan melirik nakal ke arah mereka.
Dia menarik nafas dalam. Mengagumi kecantikan setiap wanita di depan matanya itu. Ah, sememangnya keinginannya tidak pernah puas untuk berdampingan dengan golongan seperti itu tetapi hairan mengapa sekejap sahaja dia mula berasa bosan. Malah, adakalanya mudah sahaja nama mereka dilupakan. Jarang sekali melekat di memori jangka panjangnya.
Beberapa minit kemudian Iloura muncul. Lantas lengan Faris dipaut. Gadis itu hanya memakai dress merah paras lutut yang diikat dengan tali halus di leher. Faris menelan air liur. Terserlah setiap lekuk di tubuh gadis itu. Seksi habis! Apa tidaknya, bukan main nipis lagi kain dress yang tersarung ditubuh gadis itu.
“Sayang, kita makan kat Dome ya?” ajak Iloura mengeratkan lagi pautan di lengan Faris. Dah macam belangkas lagaknya.
Faris hanya mengangguk sambil tersenyum. Tanpa banyak soal mereka menghala ke restoran yang berhampiran dengan pintu menghala ke Taman KLCC itu.
“Betul ni you tak nak makan?” soal Faris sebaik sahaja menu yang dipesan sampai ke meja.
Iloura mengangguk. “I’ve taken my meal just now. You makanlah. Lagipun minggu ni I kena limit food intake sebab last week I dah makan banyak sangat kat BBQ party cousin I,” jelas Iloura mencapai jus tembikai yang dipesannya.
“Ooh.. okay then. Lagipun model macam you kena concerned dengan food intake right? So, tak kisah ni kalau tengok I makan? Jangan menyesal...” Faris mengangkat kening.
Iloura tertawa kecil. “It doesn’t affect me at all.”
Faris memulakan suapannya. Sambil makan, mereka berbual-bual. Banyak juga cerita-cerita yang keluar dari mulut gadis di hadapannya itu. Dari cerita kerjaya sehinggalah ke kisah-kisah silam dan zaman kanak-kanak gadis itu. Alahai, bosannya dengar...
“You know, kalau nak ikutkan I memang tak nak involved in modelling work ni. Tapi my mom yang sibuk sangat recommend I kat sana sini. So, I just try my luck. After a month, I feel like, My GOD, it’s a very fantastic job. Yalah, bukannya susah mana pun. Just need to be in front of camera, be on the stage, pusing sana pusing sini dah dapat duit. At the same time, I can expand my knowledge about fashion,” cerita Iloura begitu teruja.
“Tapi tua nanti kena quit jugakkan? Takkanlah nak jadi model sampai umur 40 tahun?” Faris menutur dengan ekspresi wajah bersahaja. Sebenarnya, dia sudah mula muak mendengar kisah-kisah Iloura sejak dari tadi. Tidak henti-henti. Bosan sungguh!
“Oh... no, no, no... cerita tua tu lambat lagi. I’m not yet ready to talk about that. Yang penting waktu sekarang I muda lagi. So, I just want to enjoy this precious age without thinking anything about the next 20 years.”
Faris tergelak kecil. “Kenapa? You takut nak menghadapi hari tua you?” Kata-kata Iloura benar-benar melucukan.
“Frankly speaking, yes,” balas Iloura yakin.
Tawa Faris meletus. Rasa mahu sahaja dia berguling-guling di lantai waktu itu. “Everyone will get old, Iloura. That’s a nature of every creature in the world. Oh my God. You’re so funny, babe.” Sungguh dia benar-benar terasa lucu dengan pengakuan Iloura.
“Depends kalau you nak fikir apa, dear. Tapi seriously I sangat benci bercerita tentang semua ni.” Wajah Iloura berubah mendung.
Faris menahan tawa. Hai, macam-macam jenis perempuan dalam dunia ni rupa-rupanya. “Allright, don’t talk about this anymore. Betul jugak you cakap, kita muda lagi dan tak perlu pun kisah pasal semua tu,” bicara Faris cuba memujuk hati Iloura. Namun, jauh di sudut hati rasa jengkel mula timbul terhadap gadis itu.
P/S: Anda boleh memesan novel SBC menerusi saya di http://belinoveliyanazahim.blogspot.com/
P/S: Anda boleh memesan novel SBC menerusi saya di http://belinoveliyanazahim.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment