Sekebun Bunga Cinta #2

BUNYI telefon bimbit yang berkali-kali membuatkan Faris berenang ke tepi kolam. Lantas telefon itu dicapai. Namun belum sempat dijawab, bunyi itu tidak lagi kedengaran.
Beberapa kali pad kekunci ditekan untuk melihat gerangan yang menghubunginya. Bagai hendak terbeliak biji matanya tatkala melihat nama yang tertera.
Alamak, mati aku! Lekas-lekas dia naik lalu mencapai tuala. Kawasan kolam renang ditinggalkan.

DARI jauh matanya sudah menangkap sebatang tubuh ramping ala-ala hour glass yang sedang menanti di hadapan blok pangsapuri di situ. Wajah gadis itu dilihat sudah masam mencuka. Apatah lagi tatkala melihat kehadirannya.
Faris menghentikan keretanya betul-betul di hadapan Jessica. Sekilas dia mengerling wajah gadis itu. Heh... kalau banding dengan muka cipan, muka cipan pun lagi lawa! Gumamnya dalam hati.
Ikutkan hati mahu sahaja dia memecut keretanya dari situ. Tidak sanggup rasanya menghadap kerenah gadis itu sebentar lagi. Namun dikuatkan juga hatinya untuk keluar dari kereta.
“Dah lama ke tunggu?” soal Faris cuba memaniskan wajahnya. Wajah Jessica dipandang tepat. Gadis itu membuang pandang ke arah lain.
“Alah, sorrylah. I bukan sengaja pun. Tadi I hantar cousin I kat KLIA. He’s going back to New Zealand this morning. So, I lepak-lepaklah dengan dia sekejap. Handphone I terlupa nak bawak, tertinggal dalam kereta. Bukannya I tak ingat nak jumpa you.” Spontan Faris berbohong. Mujur sahaja idea itu tiba-tiba menjengah ke benaknya.
Tiga minggu mengenali Jessica sudah cukup untuk dia menilai diri gadis itu. Gadis itu bukan sahaja kuat merajuk malah juga kuat membentak. Perangai mengalahkan budak kecik. Kalau budak kecik, dah lama aku seligi!
 “Huh! Tertinggal handphone konon. Hei, kalau you dah tahu cousin you tu nak balik hari ni, buat apa you sibuk nak ajak I keluar? You ingat dah berapa lama I terpacak kat sini tunggu you macam orang bodoh?!” amuk Jessica memuntahkan amarahnya.
Faris terdiam. Menunjukkan wajah acuh tidak acuh tanda kurang senang dengan kata-kata Jessica. Radang benar hati ini rasanya. Ikutkan hati ingin sahaja ditampar pipi perempuan Serani itu. Namun sedaya mungkin dia cuba mengawal perasaan. Memukul wanita itu bukanlah sifatnya.
“Kenapa you diam? Tahu salah sendirikan? Lain kali buatlah lagi macam ni,” marah Jessica terus-menerus.
“Okay fine. Kali ni memang I salah. So, I mintak maaf. Puas hati?” ucap Faris sedikit keras. Wajah Faris sudah berubah. Namun ditingkatkan strata kesabarannya sedaya mungkin. Kang, ada jugak tertonggeng kena penampar aku!
“Yang you nak angin-angin pulak ni apahal?” Mata Jessica mencerlang memandang Faris. Sedikit tersentak mendengar intonasi suara Faris sebentar tadi.
Sebelum ini belum pernah lelaki itu bertutur sedemikian cara terhadapnya. Baginya, di mata Faris dia terlalu istimewa. Apatah lagi pemuda itu melayannya bak seorang puteri.
Kata-kata sayang dan cinta tidak pernah lekang dari bibir membuatkan dia yakin dirinya yang menjadi pilihan hati Faris. Angan-angannya terlalu tinggi untuk mendapatkan cinta pemuda itu. Tambahan lagi pemuda itu cukup sempurna pada kehendaknya.
Faris mengeluh sambil menguak rambutnya. “Dahlah, I malas nak bertekak dengan you kat sini. Orang tengok tak eloklah. You nak marah lagi buat apa? I dah mintak maaf kan?” ucap Faris menahan rasa. Namun riak bengang itu jelas terbias di wajah.
“Okey, kali ni I maafkan you tapi lepas ni kalau you buat lagi, there will be no more forgiveness!” gertak Jessica berserta wajah yang seolah-olah ingin memberi amaran keras.
Ek eleh! Geduk bukan main kau ni. Kau ingat aku hairan dengan maaf kau tu? Kalau kau terjun lombong bijih pun, aku tak hairanlah wei! Gerutu Faris dalam hati.

RIUH-RENDAH keadaan di dalam kelas pagi itu. Sekali dengar, macam langau. Dua kali dengar dah serupa macam pasar ikan. Masing-masing sibuk bercerita mengenai pensyarah baru yang bakal menggantikan tempat Dr. Noni termasuklah Jasmyn dan kawan-kawannya.
“Dah pukul 10.30 ni. Mana pensyarah kau ni, Zai?” tanya Jasmyn sambil melirik matanya ke arah jam di tangan.
“Ha’ah.. Sepuluh minit lagi kalau dia tak datang kita chow lah. Malas dah aku nak tunggu,” sampuk Natalia yang kelihatan santai bersandar di kerusi. Gadis itu kelihatan sedang membelek-belek kukunya.
Tiba-tiba suasana yang bising tadi bertukar senyap. Serentak seorang pemuda muncul dari muka pintu lantas memberi salam. Masing-masing terpinga-pinga.
“Sorry for being late,” ucap pemuda itu sambil meletakkan beg galasnya di atas meja. Gelagatnya tampak sedikit kalut. Sah, dialah pensyarah yang bakal mengganti tempat Dr. Noni.
“Mak ai, handsomenya!” Zaihan bersuara tiba-tiba. Tidak berkelip matanya memandang pensyarah yang belum memperkenalkan diri itu.
“Good morning...” sapa pensyarah itu kemudiannya. Gayanya tampak kemas dan berkeyakinan. Segaris senyuman sedari tadi tidak lekang dari bibir.
“Good morning...” Seisi kelas menjawab ceria.
“How are you?” Untuk kesekian kali pensyarah itu menyapa mesra dan pantas semua pelajar membalas.
“Alhamdulillah... Okay... before I begin anything, let me briefly introduce myself. My name is Khairul Ikram and as you have been informed by the department, I’m going to replace Dr. Noni’s subject for the whole of this semester or maybe until the next semester as well... I’m not sure.. Insya-ALLAH, kalau ada rezeki,” bicara pensyarah muda itu lancar.
“Pehh, kalau dia ni yang ajar confirm aku tak ponteng kelas dah lepas ni!” ujar Zaihan sambil matanya tertancap tepat pada wajah pensyarah muda yang berdiri di hadapan itu.
“And confirm lepas ni ramailah budak-budak kelas ni yang jual minyak especially dua ekor sesumpah sebelah kau tu,” tutur Jasmyn kepada Qaisyah seraya menjuihkan bibirnya ke arah Natalia dan Zaihan.
Zaihan dan Natalia mencebik.
“So, ada apa-apa soalan lagi?” soal Ikram pada pelajar barunya. Satu per satu wajah mereka dilihat. Masing-masing kelihatan sedang berbisik sesama sendiri.
“Sir dah kahwin belum?” Satu suara nakal pelajar lelaki kedengaran. Semua yang ada ketawa besar.
“No. I’m not married yet.” Tersipu-sipu pensyarah itu menjawab pertanyaan di luar skop akademi itu.
“Wei Lia, kau tanyalah umur dia.” Zaihan menyiku lengan Natalia.
“Hei, jangan! Apalah kau ni. Agak-agaklah nak tanya pun,” ucap Qaisyah cuba menghalang. Jauh di sudut hati dia bakal mengagak sahabat-sahabatnya itu bakal membuat onar sebentar lagi.
“Alah, tanya umur aje. Bukan mintak alamat rumah!” bangkang Natalia.
Jasmyn di sebelah sudah ketawa mengekek. “Tanya ajelah nak tanya.”
Qaisyah menggeleng kepala. Sudah mahu melayan. Pandangannya dihala semula ke depan.
“Sir, would you mind to tell us about your age?”
Semua pelajar bersorak kuat. Masing-masing menghalakan pandangan ke arah Zaihan. Qaisyah menepuk dahinya. Dia dah buat dah...
“Wow... Should I answer that question?” soal pensyarah muda itu tersipu-sipu.
“Yes, of course!” sahut beberapa orang pelajar di belakang.
Ikram tertawa kecil. “Okeylah. Memandangkan hari ni hari pertama saya dengan you all, let us start with getting to know session. Bolehkan?”
“Boleh...” Serentak mereka menjawab. Masing-masing tampak ceria menerima kedatangan pensyarah baru mereka itu. Berbeza dengan kelas Dr. Noni sebelum ini. Masuk sahaja, masing-masing sudah menguap macam badak air.
“I’m 28... just graduated with my postgraduate level from University of British Columbia in architecture a few months ago. This is my first experience getting involved with lecturing. So, I guess you guys tak perlulah terlalu formal dengan saya. I don’t agree with the concept of formality actually...” tutur Ikram menyatakan ‘aturannya’ sedikit sebanyak lalu menguntum senyum. Seketika dia diam meneliti setiap respon pelajar-pelajarnya.
Jasmyn, Qaisyah, Natalia dan Zaihan saling berpandangan.
“28? Muda gila wei! Pehhh...” tutur Zaihan dengan mata yang membulat. Sungguh dia kagum dengan pensyarah muda itu.
“Oh oh... comelnya dia senyum...” Natalia menepuk-nepuk pipinya. Gelagatnya seakan-akan sudah jatuh hati dengan pensyarah muda itu.
Qaisyah hanya menggeleng kepala melihat gelagat rakan-rakannya.
“Allright, now it’s your turn to introduce something about yourself. Maybe a brief story about your life? Or anything you like to let me know. You’re free to express yourself in my class,” ujar Ikram lagi. “Let’s get it started from the back benchers.” Pandangannya dihala terus ke pelajar-pelajar yang berada di barisan belakang.
Satu per satu pelajar bangun memperkenalkan diri masing-masing sehinggalah tiba giliran Zaihan. Dengan gaya bersahaja dia bangun lantas bersuara.
“Assalamualaikum. Saya Nur Zaihan Zainuddin. Asal KL, major in architecture. Brief story about my life ya... Zaihan menjungkit kening memandang Jasmyn, Qaisyah dan Natalia sambil tersenyum penuh makna.
“Architecture is not basically my preference sebab cita-cita saya nak jadi lawyer. Tapi dah rezeki ALLAH bagi kat course ni, nak buat macam mana? Terima ajelah. Berkat doa mak bapak, sedara-mara, sahabat handai, ­akhirnya berkenan jugak dengan jurusan ni. Orang cakap tak kenal maka tak cintakan? Dulu-dulu sebelum ni pernah jugak berangan nak jadi model catwalk tapi tinggi tak cukup. So sekarang jadi model ‘biawalk’ pun jadilah.”
Jasmyn dan Natalia sudah ketawa mengekek bersama yang lain. Qaisyah pula cuba menahan tawa supaya tidak meletus.
 “By the way, status sekarang single and available,” akhiri Zaihan tanpa segan silu lantas tersengih memandang pensyarah itu.
Ikram menahan tawa. “What a good story you have yea?” Wajah Zaihan dipandang tepat. Riak pelajar tampak begitu bersahaja. “Anything else to be shared?”
Zaihan menggeleng sambil tersenyum gedik.
“Allright... nice story, Zaihan. Thank you.” Ikram mengangguk-angguk. Segaris senyuman nipis tergaris pada bibirnya. Di hati, hanya TUHAN sahaja yang tahu betapa dia ingin tergelak besar menghadapi kerenah pelajar yang satu itu.


                                  


1 comment:

Anonymous said...

Lawak lah cerita nie :D
Nice job kak liyana :)