PETANG itu sebaik sahaja tamat waktu kerja, Ezroy terus pulang ke rumah. Tubuhnya benar-benar kepenatan hari ini. Ditambah pula dengan pelbagai ragam pekerja bawahan mahupun atasan yang memeningkan kepala.
Ketika sampai di rumah, pandangannya tertancap pada sepasang kasut milik Wisya. Tanda gadis itu masih belum pulang. Lekas-lekas dia membuka pintu yang tidak berkunci.
Namun sebaik sahaja daun pintu di kuak, wajah Wisya terpacul di belakang pintu. Gadis itu tergamam. Namun hanya seketika dia terus menapak ke luar pintu tanpa berkata apa-apa.
Ezroy menilik jam di tangan. Pukul 6.15 petang. “Nak balik dah ke?” soal Ezroy ketika Wisya sedang menyarungkan kasut ke kaki. Entah kenapa ringan sahaja mulutnya ingin menegur gadis itu.
“Ha’ah...” balas Wisya kedengaran tidak aggresif seperti selalu. Seakan mahu tidak mahu menjawab pertanyaan lelaki sarkastik itu. Pergerakannya juga tampak perlahan.
Ezroy mengerutkan dahi. Masih tidak berganjak dari pintu. Gerak-geri Wisya diperhati. Seperti ada yang tidak kena.
Selesai menyarung kasut, Wisya melangkah untuk beredar. Langsung tidak menghiraukan kelibat Ezroy yang masih di pintu. Lantak kaulah. Malas aku nak layan!
Seketika gerak tubuh Wisya diperhati. Apasal perempuan ni berjalan macam orang mabuk? Tiba-tiba...
Bedebuk! Tubuh yang seakan melayang itu terjelepuk ke lantai garaj. Ezroy tersentak. Pantas dia berlari mendapatkan Wisya.
“Erin!!!” jeritnya sekuat hati memanggil Zaryn di dalam rumah.
Dia mencangkung menghadap Wisya. “Erin!!” laung Ezroy lagi.
“Apa dia?” Zaryn muncul di muka pintu. Dia terkejut. Dilihat tubuh Wisya sudah terbaring di situ. “Ya ALLAH, kenapa abang?!” Lekas-lekas Zaryn berlari ke arah Ezroy.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Zaryn cemas. Wajah Wisya sudah pucat lesi.
“Tadi masa jalan tiba-tiba dia pengsan. Kita hantar dia pergi klinik cepat. Pergi kunci pintu,” arah Ezroy yang turut kelihatan cemas.
“Tok wan?”
“Nanti abang call tok wan. Cepat pergi kunci pintu!”
“WHAT happened to Wisya?” soal Ezril sebaik sahaja selesai makan malam. Ketika itu mereka duduk bersantai di ruang tamu tingkat atas.
Ezroy mencapai gitar kepunyaannya di sebelah sofa. Tali gitar itu dipetik sesuka hati. “Pengsan kat garaj,” jawabnya acuh tidak acuh.
“Macam mana boleh pengsan?” soal Ezril menumpu perhatian sepenuhnya ke muka adik kembarnya.
“Doktor cakap low blood pressure...”
“Low blood pressure? Ish, bahaya jugak tu. Habis tadi kau terus hantar dia balik?” soal Ezril lagi. Riak wajahnya jelas risau.
Ezroy hanya mengangguk. Tali gitar terus dipetik seakan-akan dia sedang menghayati irama lagu yang dimainkan. Pura-pura tidak fokus pada setiap persoalan dari Ezril. Namun sekilas dia menatap wajah Ezril.
Jelas kelihatan wajah kembarnya itu tampak bimbang. Mengapa Ezril terlalu mengambil berat akan perihal Wisya? Apa Ezril menyimpan perasaan terhadap gadis itu? Dan mengapa hati ini terlalu memikirkan soal itu?
Tiba-tiba Ezril bangun lantas beredar dari situ. Tingkahnya tampak tidak kena. Kelibat Ezril dipandang sehingga hilang dari pandangan.
Beberapa minit kemudian Ezril muncul semula dan melabuhkan punggung di hadapannya. Gerak-geri Ezril yang sedang menumpukan perhatian pada telefon bimbit itu mencuri perhatian Ezroy seketika. Kelihatannya Ezril ingin menghubungi seseorang.
“Helo?” Suara Ezril kedengaran. Barangkali si penjawab talian sudah menjawab panggilan. Sesekali kelihatan Ezril mendiamkan diri seolah-olah memberi ruang untuk seseorang di talian sana berbicara.
“Buat masa ni kalau tak sihat lagi tak perlulah datang ke rumah. Tak perlulah awak risau pasal Zaryn. Kesihatan awak tu lagi penting.”
Ezroy tersentak. Dia tahu siapa yang dihubungi Ezril. Tidak syak lagi Wisya yang sedang berada di talian. Serta-merta perasaannya jadi tidak keruan. Tidak senang duduk. Dia membatu. Petikan gitar yang rancak berbunyi tadi spontan terhenti. Pandangannya tertancap tepat pada wajah Ezril sehinggalah abangnya itu menamatkan talian.
“Buat masa ni biarlah dia berehat dulu kat rumah. Apa-apa jadi nanti, susah pulak,” beritahu Ezril tanpa dipinta.
“Concerned jugak kau kat dia erk?” tutur Ezroy sambil tersenyum mengejek menutup rasa aneh yang sedang menjajah perasaannya kini.
Ezril menguntum senyuman kecil. “Concerned bila perlu aje... kau jangan nak fikir bukan-bukan.”
Ezroy membisu. Pandangannya dilarikan. Entah kenapa kini perasaannya dihambat rasa yang begitu melemaskan. Dia ingin menyingkir rasa itu jauh namun kian menujah-nujah menghentam persisir hati.
“Lagipun selama dia mengajar Erin kat sini, tak pernah dia cuti. Sabtu, ahad pun dia mengajar. Kenapa tak bagi dia cuti?” persoal Ezril.
“Manalah aku tahu. Dia dengan Zaryn yang deal sama-sama. Kalau dia tak cakap apa-apa tu maknanya dia tak kisahlah tu...” ujar Ezroy acuh tidak acuh. Dia sedar tidak seharusnya dia berlaku dingin seakan itu. Namun rangsangan rasa hati itu terlalu kuat mendorong dia membiaskan ekspresi yang tidak sepatutnya di hadapan Ezril.
“Belajar kat kampus 4 jam sehari isnin sampai ahad pun boleh jammed kepala inikan pulak mengajar straight 7 hari setiap minggu. Tak apalah, nanti aku cakap dengan Erin... Sabtu ataupun ahad biar dia cuti berehat. Tak pun sabtu dengan ahad tak perlu datang. Takkanlah setiap masa Erin nak harapkan dia... Lagipun aku tengok Erin tu dah macam tak ada waktu nak bersosial... Aku bukannya apa... Risau dia stressed,” ulas Ezril panjang lebar.
“Alah... mengajar bukan sampai 5 jam pun... Kalau 5 jam sekalipun, takkanlah straight 5 jam dia mengajar,” balas Ezroy seakan-akan ingin membantah cadangan kembarnya.
“At least she has time for herself... Kita kena hormat jugak privacy dia...”
“MACAM mana weekend ni Along? Jadi tak?” soal Zaryn sambil melangkah ke sofa ruang menonton di tingkat atas. Dia melabuhkan punggung sebelah Ezroy yang sedang kusyuk menonton telivisyen.
“Dah decide nak pergi mana?” soal Ezril.
“Nak pergi mana?” sampuk Ezroy mengalihkan tumpuan ke wajah Ezril dan Zaryn.
“Cuti-cuti Malaysia... nak ikut?” soal Zaryn ceria memandang tepat ke wajah Ezroy.
Ezroy mencebik. Tidak berminat. Pandangannya dilarikan semula ke peti telivisyen.
“Along ikut aje...” bicara Ezril menyerahkan keputusan kepada Zaryn. “Kak Wisya nak ikut ke?” soal Ezril.
Ezroy tersentak. Serta-merta fokusnya pada telivisyen diganggu-gugat. Nama Wisya yang meniti bibir Ezril menyasarkan segala tumpuannya kala ini.
“Dia okey aje. Hari tu Erin dah tanya. Masalah sekarang kita nak pergi mana ni...”
“Kita pergi Melaka nak?” Ezril memberi pendapat.
“Haaa... Yes! Melaka!” balas Zaryn dengan mata yang bersinar-sinar tanda bersetuju dengan cadangan Ezril.
“Ni cuti-cuti apa ni?” soal Ezroy menyampuk. Anak matanya dihalakan ke arah dinding wajah Ezroy. Apa kedua-duanya sedang merancang percutian bersama dengan Wisya?
“Makan anginlah abang... Mencairkan ketepuan otak setelah beberapa lama belajar... Lagipun weekend ni nek wan, mama dengan papa tak ada...” maklum Zaryn.
“Dia orang pergi mana?” soal Ezroy langsung tidak tahu menahu akan rancangan ahli keluarganya.
“Papa kan ada kursus kat Cameron Higlands Jumaat ni. Mama dengan nek wan ikut sekali teman. Nak bercuti sekalilah tu,” beritahu Zaryn lagi.
“Okeylah... kita pergi Melaka aje... Kak Wisya comfirm ke ikut sekali?” Ezril meminta kepastian.
Kian tidak keruan hati Ezroy mendengar pertanyaan itu. Dan bertambah resah tatkala melihat Zaryn mengangguk yakin.
“Errr... pergi berapa lama?” tanya Ezroy tiba-tiba berminat untuk tahu. Walhal sebentar tadi dia tidak kisah langsung dengan perancangan kedua-duanya. Hatinya dihambat rasa cemburu. Ya, tidak boleh dinafikan lagi.
“Depends... Sehari, dua hari...” jawab Zaryn.
“Jomlah kalau nak ikut...” ajak Ezril sambil merenung tepat ke mata kembarnya.
Ezroy terdiam. Sesaat dua dia mengamati wajah Ezril. Ikhlaskah Ezril mengajaknya? Ah, apa harus dia bersangka buruk dengan abangnya sendiri?
“Hmmm tengoklah macam mana nanti...” ujar Ezroy acuh tidak acuh padahal dalam hati sudah bersetuju. Dia tidak mahu Zaryn dan Ezril mengesan sesuatu darinya.
No comments:
Post a Comment