KEESOKAN hari rutin Wisya bermula semula. Walau terasa begitu malas ingin meninggalkan tilam, namun digagahkan juga tubuh untuk bangkit. Hari ini dia mengenakan baju kurung. Mudah kerana tidak perlu digosok. Sarung sahaja ke tubuh.
Semakin lama, dia semakin malas memegang objek bernama seterika. Gagah dia mencari baju kurung yang fabriknya tidak perlu digosok. Selekeh itu seni tahu?
Ketika sampai di kediaman itu, pintu pagarnya tertutup rapat. Terpaksalah dia menekan loceng di tepi pintu pagar. Mula-mula dahulu dia jakun juga bermain dengan loceng rumah. Serupa manusia tak pernah jumpa loceng sahaja ditekan sesuka hati sehingga membuatkan Jamaliah terkocoh-kocoh membuka pintu pagar. Mujur tak semput orang tua itu berlari.
Seminit kemudian, pintu pagar automatik itu terbuka sendiri. Dan indahnya waktu pagi ini kala matanya menjamah sebatang tubuh lampai yang sedang membasuh kereta di laman. Dia tahu itu ialah Ezroy the sarcastic boy!
Sekilas renungan sahaja dia sudah mampu membezakan kedua-duanya. Terer jugak aku kan? Perlahan-lahan kaki Wisya menderap langkah masuk.
Dia tidak mahu menegur lelaki itu. Pura-pura selamba melangkah dengan penuh berkeyakinan. Tiba-tiba terasa ada percikan air mengena ke muka ketika melintasi pemuda itu.
“Oiii!” Spontan Wisya terjerit lantas berhenti di hadapan Ezroy.
“Apahal kau ni?” soal Ezroy meninggi dengan riak wajah yang sombong serasa mahu ditampar dua belas das.
“Kau sengajakan nak simbah aku?”
“Wei, kau datang rumah orang buat perangai baik sikit! Jangan cakap ikut sedap mulut, jangan kurang ajar!” marah Ezroy mencerlang mata memandang Wisya.
“Siapa yang kurang ajar? Kau tu dari dulu memang tak puas hati dengan aku. Nak pedajal pun beragaklah. Tak payah nak main simbah-simbah!”
Ezroy berang. “Kau nak tengok cara pedajalan yang betul? Mari sini aku tunjuk!” Hos getah yang dipegang dihala ke arah Wisya. Tanpa rasa ragu dan teragak-agak, disembur air itu ke tubuh Wisya. Habis basah lencun baju gadis itu.
Wisya terkesima. Dari basah sikit, kuyup habis bajunya disimbah. Lelaki itu memang sudah melampau! “Kurang ajar!” jerit Wisya dengan perasaan marah yang membuak-buak. Nafasnya turun naik.
“Ya ALLAH, Roy. Kenapa ni?” Tiba-tiba Zarith muncul di muka pintu. Dilihat Wisya sudah kebasahan di luar.
Ezroy menayang muka tidak bersalah. Malah kembali menyambung membasuh kereta tanpa mempedulikan Wisya dan kehadiran ibunya.
Lantas Zarith keluar mendapatkan Wisya. Gadis itu sudah kaku di situ tanpa bergerak. “Kenapa ni, Wisya? Macam mana boleh basah kuyup macam ni?” soal Zarith memegang tangan gadis itu.
“Tak ada apa, aunty... Tadi dia tak perasan saya lalu. Tu yang tersimbah sikit tu.” Terpaksa Wisya berbohong tanpa menyalahkan lelaki itu. Walau perasaannya tika ini bagai dicekik-cekik. Pakkal ada keluarga kau, kalau tak dah lama aku cekik-cekik batang leher kau sampai mati!
“Macam mana Roy tak perasan Wisya ni lalu kat sini? Hisy! Ni bukan basah sikit ni. Dah macam mandi dah ni... Meh masuk dalam ganti baju tu. Hee... Roy, Roy... Lain kali nak basuh kereta tu tengok-tengoklah sikit orang lalu lalang. Dah, mari masuk Wisya,” ujar Zarith memimpin tangan Wisya masuk ke dalam rumah.
Ezroy mencebik. Baru padan muka kau!
“Assalamualaikum...” Satu suara kaum Adam kedengaran.
“Wa’alaikumussalam,” balas Wisya perlahan. Rasa lega sikit sang pemilik suara memberi salam.
“Wisya ya?” soal si pemanggil yang tidak dikenali.
“Ya saya... siapa ni?” Giliran Wisya menanya.
“Ezril lah...” ucap si pemanggil seraya tertawa.
“Oh... Ingatkan siapa tadi. Ada apa call saya?” tanya Wisya ingin tahu. Tidak dipersoalkan dari mana lelaki itu memperoleh nombor telefonnya. Tentu sahaja dari Zaryn tapi apa halnya lelaki itu tiba-tiba menghubunginya?
“Saya ingat nak jumpa awak... Boleh?”
Gulp! Wisya menelan air liur. Sedikit tersentak. “Jumpa saya? Emmm, kenapa ya? Ada perkara penting ke?” soal Wisya bertubi-tubi. Seribu satu persoalan bermain di kepalanya.
Kedengaran Ezril tertawa kecil. Barangkali tercuit hati dengan kekalutan tona suara Wisya. “Ada hal sikit,” balas Ezril ringkas menanti respon Wisya.
Hal? Apakah? Tiba-tiba hati Wisya tidak senang. Apa yang ingin disampaikan Ezril? Tentang Zarynkah? Atau sikapnya di kediaman itu?
“Nak jumpa bila erk?” soal Wisya.
“Sekarang?”
“Sekarang?” soal Wisya meminta kepastian. Kenapa aku sungguh menggelabah? “Errr... esok tak boleh ke?” Apa bezanya esok dan hari ini? Esok pun dia akan ke kediaman itu lagi.
“Saya nak bercakap dengan awak secara privasi. Tapi kalau awak ada kerja tak apalah... Bila-bila pun boleh. Tapi bukan kat rumah saya...”
Ya ALLAH, semakin banyak persoalan yang menunjal-nunjal benaknya kala ini. Seketika dia cuba memikir isu-isu yang relevan. Seingatnya, sudah jarang dia berinteraksi dengan Ezril. Lelaki itu sibuk menguruskan perihal kariernya yang bakal bermula tidak lama lagi.
“Malam ni saya free kot? Nak jumpa kat mana?”
“Mana-mana aje... Nanti saya datang ambik awak lepas Maghrib,” putus Ezril.
“Ambik saya kat rumah? Tahu ke rumah saya kat mana?”
“Insya-ALLAH tahu...” balas Ezril lantas tertawa.
Talian dimatikan. Seketika Wisya termenung. Masih berfikir dan berfikir. Namun sesaat kemudian dia bangkit untuk membersihkan diri.
3 comments:
nana, akak tak perlu 3 bln... dlm ms 3 ari ni pun akak da jumpa byk colan... daniel slh satunya... ngeh3...
tak sabar nak tunggu sambungannya. kenapa erk dgn ezril tu ? hurmmmm..
kak rania: hehehe.. she shud choose 3 men.. :D
Syafiqah: To b continued.. :)
Post a Comment