PINTU kaca yang tertera dengan perkataan ‘PUSH’ itu ditolak. Faris menghampiri salah satu mesen ATM di situ. Mujurlah tidak ada orang yang beratur panjang seperti selalu.
Sebaik sahaja memasukkan kod PIN, dia menekan jumlah yang diperlukan. Seketika kemudian mesin tersebut mengeluarkan bunyi. Kad bank ditarik keluar dari mulut mesin dan beberapa saat kemudian 15 keping not RM50 dikeluarkan.
Setelah memasukkan duit itu ke dalam wallet, dia bergegas ke kereta. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Syazmen tertera di skrin. Faris mengeluh. Cepat-cepat dia memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta.
“Yes Syazmen...”
“You kat mana ni?” soal Syazmen dengan nada suara yang sedikit meninggi.
“I kat bank lagi ni. Sekejap lagi I sampai. You tunggu sekejap ya. Give me 30 minutes,” ucap Faris. Entah kenapa hatinya terasa radang ketika itu. Syazmen langsung tidak boleh sabar menunggu.
“You ni kalau sehari tak lambat tak boleh ke? Hee! Cepatlah! Dah lama I tunggu ni!” bebel Syazmen di talian.
“Iye, sekejap... I on the way ni,” ujar Faris lalu mengundur keretanya. Tiba-tiba kedengaran telinganya menangkap satu bunyi dari arah belakang. Serentak dia menekan brek dan menoleh ke belakang. Sebuah Kembara berwarna kelabu berada di belakang keretanya. Memang sah dia telah melanggar kereta tersebut.
“Shit!” Stereng kereta ditepuk kuat. Telefon di tangan terus dicampak ke tempat duduk sebelah tanpa menghiraukan Syazmen yang masih berada di talian. Lantas dia keluar semula dari kereta.
“Hei, how you drive your car hah? Don’t you see any car comes from your behind?” marah gadis itu bengang. Namun sesaat kemudian dia terpaku. “Kau lagi??!!”
Faris terkejut. Bagai hendak tersembul biji matanya melihat wajah Jasmyn di situ. Kebetulan jenis apakah ini? Mulutnya seakan terkunci. Tahu salahnya. Gara-gara ingin cepat, dia langsung terlupa untuk melihat kalau-kalau ada kereta yang barangkali ada di belakang.
Jasmyn menutup pintu keretanya lalu menghampiri Faris. Seketika dia memandang bumper keretanya yang sudah kemek. Sebentar kemudian pandangannya dihalakan ke arah Faris. Rasa mahu sahaja ditelan pemuda itu hidup-hidup.
“Kau ni ada mata ke tak ada hah?!” tempelak Jasmyn dengan rasa marah yang meluap-luap.
“Alah, sikit aje pun. Aku boleh bayarlah,” balas Faris mendatar. Malas hendak bertekak dengan Jasmyn. Kepalanya sudah cukup bercelaru saat itu.
“Oh, kau ingat kau banyak duit kau boleh buat suka hati ikut kepala otak kau? Langgar aje bayar. Amboi... senangnya kau fikir...”
“Kau jangan banyak bunyi boleh tak? Kalau aku tahu tu kereta kau, bukan setakat langgar, memang aku sodok terus kasi kau mampus!” Sungguh saat itu Faris tidak mampu menahan rasa marahnya.
“Ei, mulut kau ni memang jenis mulut biadaplah!” Bergerak-gerak rahang Jasmyn menahan rasa marah terhadap pemuda itu. Jarinya dituding tepat ke muka Faris.
“Siapa yang biadap? Aku ke kau? Cakap kalau tak menengking tak boleh? Now, move your car! Aku banyak kerja lain lagi dari melayan perempuan gila macam kau ni!” tengking Faris. Mukanya sudah merah padam saat itu.
Jasmyn berang. Wajahnya jelas bengang. Namun, hendak tidak hendak dia terpaksa beredar tatkala melihat beberapa pasang mata sedang memerhatikan ‘drama’ antara mereka.
Dia memecut keretanya laju meninggalkan Faris. Faris mendengus kasar. Mujurlah gadis itu mahu beredar. Jam di tangan ditilik.
“Ufh!” Dia mendengus kasar. Cepat-cepat dia masuk semula ke kereta. Baru teringat yang dia sudah terlewat untuk menjemput Syazmen.
KUNCI kereta dicampak ke meja. Kala ini tubuhnya benar-benar kepenatan. Terus sahaja dia merebahkan badan ke tilam, melenyapkan segala tekanan yang meyesakkan fikrah. Matanya dipejam rapat.
Terngiang-ngiang amuk maki Syazmen sebentar tadi. Bagai hendak tercabut telinganya tadi mendengar segala amarah perempuan itu. Sedikit pun tiada ruang untuknya membela diri. Alasan kemalangan langsung tidak diterima biar bersungguh-sungguh dia menunjuk bahagian lampu belakang kereta yang sudah pecah mengalahkan aksi pelakon teater.
Dia sendiri sudah mati kutu untuk membuka mulut. Bagai orang dungu rasanya dia menghadap Syazmen saat itu. Pot pet pot pet mulut gadis itu seolah-olah tidak mahu berhenti. Sehingga ke tahap hatinya benar-benar terasa panas, dia hanya berlalu dan memecut keretanya laju.
Perempuan semuanya sama! Pantang dimanja mulalah naik kepala. Bagi Faris, tidak perlu dia membuang masa dengan gadis seperti itu. Dia bosan dengan leteran. Tidak adakah gadis yang begitu memahami di dunia ini? Masing-masing tidak ada bezanya antara satu sama lain. Entah kenapa tiba-tiba rasa hatinya berubah.
Kalau dahulu, semua itu ibarat perkara biasa dan dia sudah lali dengan segala tengkingan dan sebarang jenis caci maki sekalipun. Namun kini, perkara yang biasa itu membuatkan perasaannya jadi muak dan jemu. Ah, mungkin perasaan itu ada kemuncaknya dan barangkali inilah peringkatnya.
Bunyi telefon menganggu lamunannya. Lantas telefon bimbit itu dicapai. Dilihat nama Azril tertera di skrin.
“Hmmm...” Faris bersuara malas.
“Woit, senyap aje? Apa cerita?”
“Cita macam biasa. Kau kat mana ni? Ada plan best ke?” soal Faris.
“Plan best apa? Lusa aku nak pergi Pahang.”
“Pahang? Buat apa pergi sana?”
“Pergi Tasik Chinilah wei. Program suka-suki anjuran SirIkram.” Ada tawa di hujung kata Azril.
“Oh... yang tu. Kira memang jadilah plan tu ek? Pergi dengan apa? Ramai ke yang pergi?” soal Faris bertubi-tubi.
“Kereta masing-masing. Mana nak sewa basnya kalau program rancang sendiri ni. Ramai tu tak adalah ramai. Adalah dalam 30 orang kot?” beritahu Azril.
“Ramai jugaklah tu. Hmm, ada kosong lagi ke?”
“Kenapa? Kalau ada kosong kau nak join ke?” tanya Azril sinis.
“Kalau ada, boleh jugak. Lagipun bukan ada aktiviti pun cuti ni. Ada lagi ke?”
“Apa weh? Mintak ulang balik ayat-ayat kau tadi. Aku tak berapa nak dengarlah,” perli Azril.
“Kau tak payahlah nak buat gelabah...”
Tawa Azril meletus. “Bukan selalu aktiviti kau penuh ke? Mana pergi dayang-dayang kau?”
Faris tertawa. “Ayat kau memang ayat mintak penamparlah, bro. Mahu makan nasik pakai straw ke? Kali ketiga aku ulang ni, kalau aku nak join program tu sempat lagi ke tak?”
Azril ketawa lepas. Geli hatinya berjaya membuatkan Faris lebih marah. “Boleh aje. Tapi kau kena get ready dengan barang-barang kaulah. Sebab semua pakai sendiri-sendiri punya. Betul ke kau nak join ni?” Azril meminta kepastian. Manalah tahu kalau-kalau Faris hanya bergurau dengannya. Bukan betul sangat kepala lelaki itu.
“Betullah... kau tolonglah buat apa yang patut. Esok apa-apa hal bagitahu aku.”
Kesekian kali Azril ketawa. “Okey, tak ada hal. Pasal kereta, tak payah risau. Kau boleh naik sekali dengan aku nanti. Lagipun Nizam aje yang naik dengan aku esok. Hai, apa bendalah yang ada dalam kepala otak kau ni? Tiba-tiba nak join, pelik jugak. Problem apa?”
“Biasalah. Dah lama duduk kat bandar, sekali-sekali kena jugak merasa hidup dalam hutan cari ketenangan,” tutur Faris penuh makna.
“Suka hati kaulah, Faris. Okeylah, esok apa-apa hal aku telefon kau balik.
P/S: Anda boleh memesan novel SBC menerusi saya di http://belinoveliyanazahim.blogspot.com/
P/S: Anda boleh memesan novel SBC menerusi saya di http://belinoveliyanazahim.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment