“TIPAH!” Langkah Wisya terhenti serta-merta. Dia berpaling.
Kelihatan Daniel sedang melangkah menuju ke arahnya. “Dah nak balik?”
“Ha’ah...” balas Wisya acuh tidak acuh. Sekilas dia mengerling Ezroy yang masih duduk di kerusi laman sambil memerhati ke arah mereka.
Selepas kalah debat mulut tadi, Ezroy langsung mengajak Daniel keluar dari rumah. Sangkanya mereka ke luar ke satu tempat. Rupa-rupanya ada tercongok kat laman.
“Kebetulan saya pun nak balik ni. Saya hantar awak sekalilah?”
“Tak payah! Aku boleh balik naik teksi,” tolak Wisya pantas.
“Alah... saya pun lalu kat komersial tu nanti. Bukan susah pun...” pujuk Daniel masih tidak berputus asa.
“Tak payahlah... aku dah call pakcik teksi yang selalu ambik aku tu. Terima kasih ajelah ya?” ujar Wisya terus mengatur tapak meninggalkan Daniel keluar dari laman. Dia tidak berniat untuk bersikap sombong tetapi memang sengaja ingin menyombong. Heh... Entah apa-apa aku ni.
“Roy, aku balik dulu... jumpa lagi nanti,” laung Daniel lantas lekas-lekas masuk ke dalam kereta menghidupkan enjin dan kemudian keluar dari kawasan kediaman temannya itu.
Kelibat Wisya kelihatan sedang berdiri di hadapan rumah sebelah. Lantas dia memberhentikan keretanya di hadapan gadis itu. Cermin kereta diturunkan.
“Marilah saya hantarkan,” pelawa Daniel lagi.
Wisya mendengus. “Aku cakap tak payah, tak payahlah,” balas Wisya mendatar melarikan pandangan ke arah lain. Hari ini aku dah sebut berapa kali erk perkataan tak payah?
“Saya janji, saya hantar awak balik terus. Telefon pakcik teksi tu, cakap cancel.”
Ewah ewah dia pulak memberi arahan kat aku?
Tiba-tiba bunyi hon kedengaran dari belakang. Wisya tersentak. Kereta Daniel yang berhenti ditengah-tengah itu sedang menghalang perjalanan kereta lain. Apa dia ingat jalan ni bapak dia yang punya?
“Kalau awak tak naik, saya takkan pergi dari sini. Biar kereta belakang tu hon sampai semua orang kat kawasan perumahan ni keluar tengok.”
Hai! Mengugut aku pulak? Hati Wisya mendongkol geram.
“Woi! Kalau ya pun nak bercinta, janganlah menyusahkan orang! Pakai otaklah!” Tiba-tiba pemandu kereta di belakang mengeluarkan kepala memarahinya. Oh budi bahasa budaya kita.
Hendak tidak hendak terpaksa juga Wisya masuk ke dalam perut kereta. Seperti semalam dia duduk di tempat duduk belakang. Pintu kereta segaja dihempas kuat. Haa, padan muka kau!
Pantas Daniel memecut keretanya dari situ meninggalkan kereta belakang tadi. Hati Wisya mendongkol geram. Kerana Daniel, tak pasal-pasal dia dimarah oleh pemandu kereta tadi. Ufh!
Dan lagi dia terpaksa menghubungi pemandu teksi yang biasa mengambilnya memberitahu supaya tidak menjemputnya hari ini. Kesian pakcik teksi...
“Kalau awak naik dengan saya kan boleh jimat duit tambang hari ni?” ujar Daniel sekilas memandang Wisya dari cermin pandang belakang. Wajah gadis itu jelas tidak puas hati.
“Ha’ah, tapi kalau menyusahkan orang tak guna jugak. Kesian pakcik teksi tu tahu?” luah Wisya geram.
“Tak apa... dah kerja dia... Dia kenalah terima. Kita kan pelanggan yang dihargai,” balas Daniel selamba.
“Banyaklah kau!” marah Wisya tanpa mampu ditahan-tahan lagi.
Daniel hanya menahan tawa. Terus memandu menuju ke kawasan rumah sewa Wisya.
P/S: Hati Kata Suka cuma tajuk yang diberi oleh saya. Belum disahkan oleh pihak Grup Buku Lagi. Jadi, berkemungkinan tajuk ini akan ditukar setelah manuskrip ini dibukukan.. TQ..
6 comments:
Best.... bab-bab laen xde ek?
hye awek nobelis yang cun dan ohsem .. nak sain ! ahakz ~
sedap jugak baca novel kan...
p/s: luah rasa dari orang yg tak pernah beli novel... (",)
Wld chery: Buat masa ni sy tak publish bab lain.. Cume beberapa watak diperkenalkan..
Deya: Jgn nk ngada ko ek..
Fuad: Sedap.. Boleh makan? Herherher..
Gud job Adik!
Salam. Kak wafa doakan Liz ceria selalu supaya sentiasa dapat berkarya. Sebab dengan berkarya kita rasa bahagia dan dapat membahagiakan orang lain.
Post a Comment