Curi-Curi Suka #5

“I’m Zaryn... Just call me Erin,” Zaryn memperkenalkan diri dengan ekspesi muka yang kurang menyenangkan.
“Wisya. Panggil aje Kak Wisya,” balas Wisya cuba menjadi mesra. Sedangkan hatinya sudah mula merasai ‘kepanasan’ gadis sekolah menengah di hadapannya itu.
Seketika dia mengamati raut wajah Zaryn yang tegang tanpa senyuman. Sebagai manusia biasa, dia juga biasa menilai seseorang dari impresi awal.
Roman wajah yang tidak mesra menghantar persepsi sendiri di hati Wisya. Dia menaruh pandangan, Zaryn agak sombong dari perawakannya.
“Dah lama ke tunggu?” soal Zaryn sambil mengambil tempat duduk di hadapan Wisya.
“Baru aje.” Baru aje? Heh, bagai nak pecah buntut aku ni menunggu dia. Tak apa.. saya tetamu yang baik hati kerana menjaga hati tuan rumah.
“So, what do you want to teach?” tanya Zaryn tanpa sekelumit paparan senyuman di wajah. Pandangannya tajam menikam dinding wajah Wisya.
Wisya bungkam seketika. Amerika sungguh budak sekolah ni! “Fizik, add maths, maths?”
“History?” Pantas Zaryn memotong.
Wisya mengangguk tenang. Apa? Ingat budak engineering tak tahu sejarah? Sejarah aku dulu A1 okey?
“Okey, fizik, add maths and history? Can you?” soal Zaryn persis menawarkan satu tawaran pada Wisya.
“Boleh Erin... tak ada masalah,” jawab Wisya setenang-tenangnya. Tidak kiralah bagaimana sekalipun cara Zaryn, dia harus bersabar. Niatnya ikhlas untuk menyampaikan ilmu, bukan kerana wang ringgit semata-mata. “Sekarang ni Erin nak akak arrange schedule ataupun Erin nak arrange sendiri?”
Zaryn terdiam. Die menongkat dagu seakan-akan sedang berfikir. Namun beberapa saat kemudian dia membuka mulut.
“Kita berdua yang arrange. That will be the best,” ujar Zaryn sambil menarik sehelai kertas kajang dari fail yang dibawa tadi. Tangannya ligat melakar sesuatu di kertas. Wisya hanya memerhati.
Kedua-duanya mula berdiskusi menentukan jadual dan subjek yang bakal diajar oleh Wisya. Sepanjang perbincangan, kian terasa sikap mesra Zaryn. Nyata dia salah menilai gadis itu.
Maka, impresi awal tidak seharusnya dijadikan panduan untuk menilai seseorang.

“How is it so far?”
Ringan sahaja mulut Ezroy bertanya. Dia tidak tahu apa perlu dia berada di situ memantau kedua-duanya. Namun gerak hatinya terlalu kuat mengarah kaki melangkah ke situ.
Tidak tahu soalan itu diaju kepada siapa, Wisya hanya membisu. Dia pura-pura kusyuk menunjukkan jalan pengiraan subjek matematik tambahan yang sedang diajar. Hari ini saya tetamu yang tak ada masa nak bertegur sapa dengan tuan rumah.
“Oh... tak tahu pulak Cik Tipah ni bisu dan pekak,” ucap Ezroy dengan tona suara yang sinis. Sedikit tidak puas hati takala melihat Wisya yang seakan-akan sengaja tidak mengendahkan soalannya.
“Tipah?” Spontan pandangan Zaryn terpaku pada wajah Wisya. “Siapa Tipah?” Wajah Zaryn sudah berkerut seribu. Kemudian pandangannya teralih pula pada dinding wajah Ezroy.
“Ask her...” ucap Ezroy tidak tahu kehadirannya amat-amatlah menganggu konsentrasi dan kondisi hati Wisya. Mungkin juga kalau dia tahu, dia peduli apa?
Anak mata Zaryn kembali pada wajah Wisya. Nampaknya Wisya sedikit pun tidak peduli. Tangannya lincah menekan-nekan kalkulator.
Tiba-tiba Wisya berhenti. Tangannya disilangkan ke meja. “Erin, Kak Wisya dengan abang Erin campusmate. We know each other,” beritahu Wisya dengan rasa geram yang ditahan-tahan. Biar ada seulas senyuman di bibirnya. Perlu ke aku membuat kenyataan itu?
“Oh really? Tapi siapa Tipah?” soal Zaryn lagi.Wajah Ezroy dan Wisya dipandang berselang seli.
Wisya membatu. Apakah aku sedang diperbodohkan? Menjawab segala persoalan yang diajukan lelaki ini tanpa rela?
“Tak ada... hari tu masa mula-mula kenal tak tahu macam mana dia boleh silap dengar nama akak. So, sampai sekarang nama tu melekat,” balas Wisya bersahaja.
Zaryn tertawa mengejek. “Siapa yang pekak sebenarnya erk?”
Wajah sinis Ezroy berubah serta-merta. Hati Wisya bagai digeletek.

“ERIN...”
Kesekian kali konsentrasi Zaryn dan Wisya diganggu-gugat. Ya ALLAH mahu apa lagi lelaki ini? Bisik hati Wisya sendirian. Dapat dilihat melalui ekor mata kelibat Ezroy yang semakin hampir.
“Hai...”
Lelaki itu menyapa mesra lantas melabuhkan punggung di sofa yang berada di tengah-tengah kedudukan Wisya dan Zaryn. Namun Wisya langsung tidak memberi respon. Dia sudah menetapkan hati. Biar dalam betuk apa jua sekalipun gangguan Ezroy, dia tidak mahu peduli. Dia mahu pura-pura jadi batu!
“Wisya kan?” soal Ezril merenung tepat ke wajah guru yang mengajar Zaryn itu.
“Taklah... Tipah!” balas Wisya geram. Rasa geram itu bercampur dengan rasa meluat dan konsentrasi pengiraan yang sedang dilakukannya terganggu.
Mana dia tahu lelaki yang sedang berada di depannya itu bukan Ezroy tetapi Ezril. Tiba-tiba Zaryn tertawa. Perbualan Wisya dan Ezroy sebentar tadi memungkinkan sesuatu di hatinya. Hubungan mereka seakan ada sesuatu yang tidak kena. Sedikit dingin barangkali.
Tentulah kehadiran kedua ‘Ezroy’ mengekalkan maklum balas yang masih seperti tadi. Dan baru hari ini dia tahu Wisya dan Ezroy saling mengenali.  
“Kak Wisya, kenalkan along Erin. Kembar Abang Roy...”
Wisya terkebil-kebil. Kembar? Seketika dia mengamati wajah lelaki itu. Sungguh tidak terlihat sebarang perbezaan wajah itu dengan lelaki raksasa api sebentar tadi.
“Kembar? Abang Erin ada kembar ke?” soal Wisya seakan tidak percaya.
“The one you saw just now was Ezroy and the one one you see right now is Ezril,” tutur Zaryn dengan senyuman lebar.
Ezril sudah tertawa di situ. “Don’t get confused. Saya Ezril, abang kembar Ezroy...” Ezril memperkenalkan dirinya.
Wisya melopong di situ. Tidak berkalih anak matanya mengamati wajah Ezril. Masih tidak percaya. Manalah tahu Zaryn dan Ezroy sengaja berpakat ingin mengenakannya.
“Tapi sebelum ni tak pernah nampak?” Wisya membuka mulut masih ingin mempertikaikan kebenaran.
“Saya jarang duduk kat bawah ni... sebab tu tak pernah jumpa. So, macam mana Zaryn? Is she okay?” tanya Ezril merenung tepat ke wajah Wisya. Pertama kali bersua muka setelah dua hari gadis itu datang ke rumah untuk mengajar Zaryn.
Orangnya kecil molek. Bertudung litup dan tampak ringkas mengenakan t-shirt dan seluar jeans. Jika dibandingkan dengan Zaryn barangkali Zaryn jauh lebih tinggi.
“Yeah... dia okey, tak ada masalah,” balas Wisya sedikit teragak-agak. Sebenarnya dia malu sendiri. Manalah dia tahu Ezroy mempunyai seorang kembar. Dan kini, barulah terlihat perbezaan perawakan lelaki itu dengan Ezroy.
Tumpuan Wisya sudah melayang. Sama ada malu ataupun dia tidak betah direnung oleh Ezril sedari tadi. Namun seketika kemudian Ezril bangun dari kerusi lantas beredar ke dapur.

6 comments:

Anonymous said...

ade kembar .. menarik neh . tp ape maksud nama diorang eh ? nama ezroy cm gangster jw . xske lorh .. hehe jz opinion :)

qasehraihan said...

wow..teruja ku membacanya..hehe

.::TAIKO ::. said...

hati kata suka ea...
sy suka..suka:)

Hafimi Huzin said...

nama ezroy mcm gangster x kisah kot sbb sesuai dgn watak die..hehe..gud job kak liyana. sweet sgt cite ni..awww..jeles. bilalah sy mampu tulis mcm akak ni..hehe

Anonymous said...

hati sy pun dah suka sejak baca n3 pertama lg :-)

Anonymous said...

dah habis baca pon.. sweet sgt ceter ni :)